30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan Perpaduan fokus empat asas

CENDERAHATI…Mohd Rafi (lima dari kiri) menyampaikan cenderahati cenderahati kepada Dr Asyraf selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Labuan, kelmarin.untuk capai kestabilan politik.

LABUAN:Kerajaan Perpaduan mengariskan empat asas utama untuk memperkukuhkan kestabilan politik Negara.

Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki berkata, empat asas yang telah digariskan dan menjadi fokus utama Kerajaan Perpaduan itu akan menjadi tunjang kepada gabungan parti politik khususnya UMNO.

“Kerajaan Perpaduan yang diwakili oleh  19 parti politik meletakkan empat asas itu sebagai asas yang telah kita sepakati untuk terus kekal mentadbir negara” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan, di sini kelmarin.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan menjelaskan empat asas yang telah disepakati termasuklah mengiktiraf  Malaysia sebagai Negara berbilang  kaum dan  agama.

“Namun tunjang paling penting adalah Islam sebagai agama rasmi  Persekutuan dan agama lain bebas untuk diamalkan” katanya.

Ketiganya ialah Perkara 153 iaitu mengekalkan keistimewaan   Bumiputera Melayu tanpa mengenepikan hak kaum kaum lain warganya Rakyat Malaysia.

Asas terakhir yang telah disepakati adalah penghormatan Intitusi Raja Raja Melayu yang menjadi benting kepada asas kestabilan negara.

Dr. ASYRAF bersalaman bersama Ahli Ahli Perwakilan yang hadir pada Persidangan tersebut.

“Jadi kalau mana mana gabungan mahukan kejayaan dan kestabilan politik, maka empat asas ini perlu dipertahankan”,katanya.

Terdahulu ketika berucap, Dr Asyraf yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO mengingatkan Ahli ahli ahli parti supaya tidak terlalu ekstrime ketika berkawan atau bermusuh.

Sambil menegaskan UMNO akan bangkit dan kuat semula, sekalipun parti ini pernah dikianati oleh orang lain.

“Bagi Labuan cukuplah saya katakan…UMNO Labuan berada dilandasan terbaik…kita nampak kesepakatan yang ditunjukan oleh barisan kepimpinan UMNO Labuan cukup mantap dan bersemangat untuk bangkit semula…sudah pasti kerusi UMNO akan kita miliki semula” katanya.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Bashir Alias dan Naib Ketua Bahagian, Datuk Khalid Ab. Ghani serta kempimpinan sayap sayap parti.

Turut hadir kepimpinan gabungan parti di bawah Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada  parti Warisan, MIC, MCA, Amanah dan Upko.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN