27.7 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan Negeri Teruskan Kerjasama Dengan FCAS, Persatuan Masyarakat Tionghua

YEE SANG…Tun Musa (tengah) menggaul Yee Sang bersama para tetamu.

KOTA KINABALU :  Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan persatuan masyarakat Tionghua seperti Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) bagi memperkukuhkan perpaduan dan kestabilan.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, masyarakat Tionghua di Sabah telah lama memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, perdagangan, pendidikan dan kebajikan sosial.


“Masyarakat ini juga dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini.


“Kerajaan negeri amat menghargai sokongan berterusan masyarakat Tionghua yang bersama-sama kerajaan sebagai rakan kongsi dalam setiap sektor pembangunan di negeri ini. 


“Saya percaya dengan sokongan padu ini, Sabah akan terus berada di landasan yang betul dalam membawa pembangunan di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya ketika berucap dalam Pesta Ang Pao Gabungan FCAS, pada Ahad. 


Beliau juga menyatakan kerajaan negeri akan sentiasa menyediakan sokongan kepada komuniti perniagaan, memperkasa pendidikan, serta memperluaskan peluang ekonomi bagi rakyat Sabah. 


“Ini seiring komitmen kerajaan negeri yang sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek agar tiada yang terpinggir,” ujarnya.


Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin.Hadir sama, Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe dan Presiden FCAS, Tan Sri Dr. T.C. Goh./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN