Dr. Joachim (tengah) memerhati seorang pekerja Balqis Enterprise memproses ubi kayu, di kilang kerepek Ubi Kayu.
KUDAT, 23 Mei 2021: Kerajaan negeri terus komited dalam memperkasakan perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di negeri ni.
Kementerian Pembangunan Perindustrian melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) telah menjalankan beberapa inisiatif bagi membantu para usahawan.
Sehubungan itu, timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Joachim telah mengadakan lawatan kerja ke Kudat bagi meninjau keadaan usahawan SME di sini.
Dr. Joachim berpeluang berkunjung ke sebuah premis perniagaan bernama Balqis Enterprise, kilang memproses kerepek Ubi Kayu, Hapsana.
“Apa yang membanggakan di sini ialah, kerepek Ubi Kayu Hapsana ini telah berjaya menembusi pasaran tempatan di Kudat dan Kota Kinabalu , kata Dr. Joachim.
Mengulas lebih lanjut, katanya terdapat juga beberapa masalah telah dikenalpasti iaitu masalah air dan bekalan elektrik yang telah di maklumkan kepada Pejabat Daerah Kecil Banggi bagi tindakan susulan supaya dapat melancarkan proses perusahaan kerepek yang dijalankan oleh Puan Amelia Majupli.
Terdahulu, Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian telah melawat tapak tanah milik Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) di kampung Limau-Limauan, Kudat. Beliau juga telah meninjau satu lagi tapak cadangan pembinaan Bandar Baru Banggi yang dikendalikan oleh SEDCO/ Perkasa Realty Sdn. Bhd.
“Antara lain tujuan memantau cadangan tapak pembukaan kawasan baharu ini ialah untuk menyediakan kawasan perindustrian, premis bangunan dan perniagaan kepada usahawan bumiputera.
Dr. Joachim juga melawat kampung Perpaduan yang menempatkan 8 pengusaha SME yang menjalankan pelbagai perusahaan antaranya produk kosmetik, pemprosesan makanan seperti coklat, mee, kek, kerepek lekor dan juga minuman sarang burung.
Bangunan usahawan SME di sini (kampung perpaduan) adalah di bawah bantuan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
“Turut hadir dalam lawatan kerja berkenaan ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Mohd. Tamin Zainal; Setiausaha Tetap Kementerian Thomas Logijin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEDCO, Datuk Pg. Saifudin Pg. Tahir; Penolong Pegawai Daerah Kecil Banggi, Mohd. Azmi Majirun; serta beberapa lagi Pegawai kanan Kementerian.