30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KERAJAAN NEGERI SABAH DISARAN BERANI MEMBUAT PENUTUPAN PENUH

SUGUT: Kerajaan Negeri Sabah disarankan untuk berani membuat tindakan penutupan penuh beberapa sektor perniagaan dan sosial berikutan peningkatan tinggi jangkitan Covid-19 di negeri ini.

Menjelaskan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut, Datuk James Ratib berkata Kerajaan Negeri perlu optimis menerima hakikat bahawa kadar jangkitan penyakit itu di Sabah semakin membimbangkan ketika ini dan perlu satu tindakan pengawalan yang efektif.

“Walaupun kedengaran alasan bahawa masyarakat perlu menerima hakikat bahawa kita kena tinggal dengan persekitaran Covid-19. Namun, itu bukanlah suatu kajian klinikal yang boleh menyokong kepada keadaan semasa yang berlaku hari demi hari”, katanya.

Tegas beliau, apa yang berlaku disekitar negeri Selangor ketika ini perlu dijadikan pengajaran. Keadaan disana agak cemas dengan angka jangkitan dan kematian yang tinggi saban hari termasuk kesesakan pusat-pusat rawatan

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah menyarankan, sektor perladangan seperti kelapa sawit juga perlu pemantauan ketat pihak berkuasa khsusunya Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar pematuhan SOP dikalangan pekerja ladang dipatuhi sepenuhnya.

Katanya, ketika ini kebanyakan sektor perladangan kelapa sawit memiliki pekerja dikalangan penduduk tempatan dan warga asing yang sama-sama menjalankan tugas dalam satu-satu masa. Ada dikalangan pekerja tempatan yang telah lengkap menerima vaksin tetapi berlainan dengan pekerja warga asing yang mungkin belum divaksin.

“Ini mengakibatkan risiko jangkitan dikalangan mereka amat besar. Dikalangan pekerja ladang warga tempatan jika mereka terjangkit dari kawasan mereka berkerja, sudah tentu virus itu mereka akan bawa ke rumah atau kampung. Manakala, pekerja warga asing turut berisiko menjangkiti rakan sekerja lain dan keluarga mereka jika tinggal di asrama atau rumah kongsi”

Justeru itu, James mencadangkan agar Kerajaan Negeri segera bertindak untuk membincangkan perkara ini dan melaksanakan tindakan penutupan penuh segera bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk dalam tempoh mendatang.

Angka jangkitan Covid-19 di negeri Sabah sejak dua minggu kebelakangan ini mencatatkan peningkatan antara seribu hingga tiga ribu kes harian. Sehingga Khamis, sebanyak 3,487 kes direkodkan dimana daerah Kota Kinabalu masih mencatatkan angka jangkitan tertinggi iaitu 609 kes.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN