34 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mei 16, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan negeri peruntuk RM1.6 juta naiktaraf tamu pekan Apin-Apin.

Robert (tengah) bersama tetamu jemputan menuai padi sebagai simbolik perasmian pesta Kaamatan itu.

KENINGAU: Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1.6 juta bagi menaiktaraf tamu pekan Apin-Apin.

Menurut Pembantu Menteri Kerja Raya
Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin kerja-kerja menaiktaraf kini dalam pelaksanaan dan ia dijangka siap dalam tempoh lapan bulan.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, ia akan memberikan keselesaan kepada seramai 218 penjaja di tapak tamu yang telah wujud sejak tahun 1960 apabila ia siap kelak.

“Tapak tamu pekan Apin-Apin yang ada sekarang telah pun usang, dengan keprihatinan Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor menyalurkan peruntukan dapat mengatasi masalah tapak tamu yang usang dan sekali gus memberikan keselesaan kepada peniaga atau penjaja” katanya

Robert berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Mukim Apin-Apin, Bunga Raya dan Merampong di Baloi Pisisimpungan OT Adau Ansuab Pekan Apin Apin baru-baru ini.

Beliau mewakili Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Hadir sama Pengerusi KDCA Daerah Keningau Rafie Robert, Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sambutan Pesta Kaamatan itu diserikan dengan acara persembahan kebudayaan selain pertandingan Unduk Ngadau sebagai acara kemuncak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN