30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin tentang perihal kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia

TERIMA KASIH… Datuk Jonathan (kanan) menerima cenderakenangan disampaikan Majer Mohd.Khairi diperhatikan yang lain.

RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, kerajaan melalui Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin tentang perihal kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama mereka yang sudah berumur dan terkesan akibat Covid-19, bukan sahaja dalam konteks  pembelaan semasa tetapi juga untuk masa yang mendatang.

Menurutnya, kerajaan  memberi komitmen untuk terus membela kebajikan veteran ATM dengan memberikan  tumpuan penuh dalam ‘Memperkasa Kebajikan’.

“Khusus untuk tahun ini RM35.7 juta telah diperuntukkan bagi skim bantuan kebajikan dan sehingga kini seramai 12,377 veteran ATM, Balu serta tanggungan menerima maanfaat tersebut”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasamikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-6, 2021 Persatuan Veteran  Komando Malaysia PVKM(Sabah)di Dewan Mini Kilimu Ranau pagi tadi (28 Disember).

Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau, menjelaskan antara bantuan yang turut disediakan termasuklah Skim Bantuan Sara Hidup, Bantuan Persekolahan, Bantuan kemasukan Kolej Vokasional Kebangsaan, Bantuan Kemasukan  ke Universiti Awam, Politeknik, Bantuan Perubatan, Bantuan Bencana Alam serta Pengurusan Jenazah.

Turut dilaksanakan katanya ialah, Program Gerobok rezeki veteran ATM  dan MINDEF Prihatin yang metupakan usaha untuk membantu 26,000 veteran ATM dan tanggungan seluruh negara khususnya golongan B40 serta yang terjejas Covid-19.

“Saya yakin inilah antara matlamat Persatuan  veteran Komando dalam menentukan kesemua ahlinya dibela agar menjadi manfaat kepada masyarakat sekeliling.

“Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan justeru, makmurkanlah diri dengan bersikap positif dalam menjalani liku kehidupan”, tegas Datuk Jonathan sambil mengumumkan  peruntukan berjumlah RM10 ribu kepada PVKM Sabah untuk membiayai program dan aktiviti persatuan tersebut.

Turut berucap ialah, Presiden PVKMS, Abdul Masik Bin Kabbul sementara hadir sama ialah, Pengarah JHEV Sabah, Majer Mohd.Khairi Bin Abd.Rahman bersama lebih 70 ahli PVKMS yang hadir, diserikan dengan persembahan Tarian daripada kumpulan Seni Budaya PVKMS (Ranau).

         

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN