28 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan komited tingkat tahap kesihatan rohani dan jasmani

SENAMROBIK..Jenddy (tengah), Maria dan yang lain bersama-sama menjayakan senamrobik di lobi Wisma Tun Fuad, pada Rabu

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa komited dalam meningkatkan tahap kesihatan rohani dan jasmani terutamanya kepada warga kerja, agar ianya dapat memberi impak yang positif kepada pembangunan sahsiah serta menerapkan nilai gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib berkata, program ‘SABAH SIHAT’ KPMKR yang diadakan di sini sudah pasti mampu meningkatkan kesedaran dalam penjagaan kesihatan dan memastikan setiap warga kerja KPMKR dapat memberi perkhidmatan serta mutu kerja dengan lebih baik kepada stake-holders.

Beliau yang diwakili Setiausaha Politiknya, Jenddy Datuk Sanggau berkata demikian Sempena Program ‘SABAH SIHAT’ KPMKR yang diadakan di Lobi, Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu pada hari Rabu.

JENDDY (tengah) merakam gambar bersama sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam acara senamrobik sempena program Sabah Sihat di Wisma Tun Fuad, pada Rabu

“Saya difahamkan antara lain objektif program ini diadakan, ialah bagi menggalakkan masyarakat mempraktikan dan mengamalkan seterusnya mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti cergas dan sihat seperti senamrobik dan sebagainya.

“Selain itu, ianya secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga kerja KPMKR, jabatan, agensi, NGO dan masyarakat. Justeru sekali lagi, saya berharap supaya program atau aktiviti kesihatan ini dapat diteruskan pada tahun depan,” katanya.

Sementara itu, James menegaskan bahawa hal penjagaan kesihatan bukan hanya terletak kepada kakitangan sahaja, tetapi juga kepada ketua-ketua jabatan, kerana aspek ‘kepimpinan melalui teladan’ juga harus ada dalam memainkan membudaya dan mempromosikan penjagaan kesihatan serta gaya hidup sihat melalui senaman.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir, terdiri warga kementerian KPMKR, ketua-ketua jabatan dan agensi , badan-badan NGO, dan semua yang hadir menjayakan program itu.

“Sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap KPMKR dan jawatankuasa pelaksana beliau kerana telah berjaya menganjurkan program pada petang ini yang saya sifatkan sangat bermakna dan bermanfaat.

INSTRUCTOR…..B PROJECT ACADEMY HOLDING SDN BHD

“Aktiviti seumpama ini amat baik kerana ianya secara langsung dapat memberi kesedaran kepada kita semua bahawa menjaga kesihatan itu sebenarnya adalah hak dan tanggungjawab Bersama.” katanya.

Menurut beliau, pada tahun lalu, KPMKR telah menganjurkan program senamrobik peringkat kementerian namun program tersebut yang beliau cadangkan agar diadakan sekali seminggu, hanya dapat dilaksanakan beberapa minggu sahaja atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan pada ketika itu.

Justeru, katanya, beliau berharap agar program ini dapat diteruskan bermula tahun hadapan dengan beberapa penambah-baikan agar ianya memberi manfaat terutamanya dalam memastikan tahap kecergasan serta penerapan amalan ke arah gaya hidup sihat dalam agenda ‘Sabah Sihat’.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN