TERIMA Bung menerima replika cek sebagai simbol sumbangan dari Lajim sempana majlis tersebut..
KOTA KINABALU : Kerajaan negeri menyeru kepada semua pihak khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memperbanyakkan pelaksanaan program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata, program CSR merupakan langkah terpuji kerana membantu golongan yang memerlukan, terutamanya kepada mereka yang terjejas ekoran penularan pandemik korona Virus Covid-19 termasuklah akibat bencana seperti banjir kebakaran rumah dan sebagainya.
Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya melalui bantuan ini ianya dapat meringankan beban kewangan yang mereka tanggung ketika ekonomi negara dan ekonomi rakyat terjejas ekoran penularan virus Covid-19.
“Saya ingin menyeru kepada semua pihak untuk memperbanyakkan lagi pelaksanaan program berbentuk CSR yang dapat membantu lebih ramai golongan memerlukan” Katanya selepas menerima sumbangan bakul makanan dan kewangan sebanyak RM80,000.00 yang disumbangakan oleh Amanah Iktiar Malaysia (AIM) untuk diagih-agihkan kepada golongan asnaf di kawasan Parlimen Kinabatangan di sini pagi kemarin.
Majlis penyampaian tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin diiringi oleh pengurus Wilayah AIM Sabah Jahinin Siman dan pegawai pegawai Kanan AIM wilayah Sabah.
Tambah Bung yang juha Ahli Parlimen Kinabatangan dengan ada sokongan dari semua pihak terutamanya GlC di negeri ini akan membantu usaha kerajaan menyalurkan bantuan segara kepada golongan yang amat memerlukan ketika pandemik korona Virus Covid-19 masih melanda dimana ekonomi rakyat terjejas terok ekoran tidak dapat melakukan aktiviti yang menjana pendapatan seharian kerana terpaksa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain sop yang ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan virus Covid-19.
” Kerjasama ini perlu diteruskan dan saya berharap lebih banyak GLC di negeri ini tampil membantu kerajaan untuk meringkan beban rakyat demi kesejahteraan mereka meneruskan kelangsungan hidup ” katanya
Sementara itu Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu berkata program tersebut sebahagian daripada tanggungjawab sosial koprat AIM kepada rakyat terutamanya mereka yang dilanda musibah dan berhadapan dengan cabaran ketika negara masih dilanda virus Covid-19.
” Kita Akan meneruskan program ini dimana setakat ini kita telah melaksanakanya di beberapa buah daerah Kota Kinabalu,Kota Marudu,Beaufort dan Kuala Penyu ” jelas Lajim.