26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Keputusan Zafrul tinggalkan UMNO, tidak jejaskan kekuatan parti- Mohd Rafi

Mohd Rafi (dua dari kanan) ketika ditemui pada Program Korban Perdana di balai raya kampung Batu Mannikar.

LABUAN: Tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan UMNO tidak sedikit pun menjejaskan kekuatan parti.

Demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Datuk Ali Hassan ketika di minta mengulas tindakan Tengku Zafrul yang beralih ke parti PKR.

Mohd Rafi di temui pada Program Korban Perdana anjuran UMNO Bahagian Labuan yang diadakan di sini baru baru ini.

Beliau berkata kekuatan parti UMNO dari dahulu tidak bergantung sepenuhnya kepada pesonaliti pemimpin, sebaliknya kekuatan itu datangnya daripada ahli ahli parti peringkat akar umbi.

” UMNO mempunyai lebih 3.8 juta ahli dan merupakan ahli parti yang teramai berbanding dengan parti parti sahsiah yang lain…..UMNO mempunyai lebih 22,000 cawangan dan ini menjadi cerminan kekuatan UMNO datangnya daripada akar umbi” , katanya.

Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata, pemimpin saling datang dan pergi dan pemergian Tengku Zafrul tidak akan mengurangkan kekuatan UMNO.

Saya tidak anggap tindakan Zafrul meninggalkan UMNO sebagai sesuatu yang luar biasa atau mengejutkan sehingga boleh melemahkan parti.

Namun ujarnya, UMNO seharusnya terus fokus kehadapan untuk membina kekuatan parti dengan mendekati rakyat dan memperjuangkan nasib rakyat tanpa bermusim.

Mohd Rafi turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Tengku Zafrul yang juga merupakan sahabat baik beliau.

Sementara itu katanya, ketika ini Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Raof Mokhtar dilantik untuk k memangku jawatan Ketua Bahagian Kota Raja untuk meneruskan aktiviti UMNO di kawasan itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN