27 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 17, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Keputusan lanjut PKP tepat dan tuntas dalam memerangi Covid-19: Bindang

Pengerusi MPKK Kg. Bongkud, Bindang (kanan) mewakili penduduk menerima bantuan disampaikan Julubin.

RANAU : Keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat sebagai tindakan yang tepat dan tuntas kerajaan dalam usaha memutuskan penyebaran Covid-19 di  seluruh negara.

Ketua Adat (Ketua Kampung) Kg.Bongkud Ranau, Bindang Mantakag menyifatkan, pelanjutan tempoh PKP fasa keempat sehingga 12 Mei yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, pada Khamis sebagai bijak dan kita sebagai rakyat Malaysia harus akur demi keselamatan bersama.

Suzi (Staff Parlimen) menghulurkan sumbangan kepada  seorang balu kematian suami di Kg. Bongkud Ranau.

Justeru katanya, pematuhan PKP perlu dipertingkatkan supaya pandemik Covid 19 yang sudah meragut ratusan ribu nyawa seluruh dunia dapat diputuskan sehingga kosong peratus terutama dalam negara.

“Saranan kerajaan untuk kekal tenang dan duduk diam-diam dirumah “Stay At Home”, hanya keluar apabila benar-benar perlu sahaja haruslah diberi perhatian.

“Kekalkan penjarakkan sosial iaitu satu meter apabila anda berada di tempat awam, memakai topeng muka, mencuci tangan sama ada menggunakan sabun atau sanitizer, dan lain-lain aspek penjagaan diri,” saran Bindang ketika mewakili 40 keluarga Kg.Bongkud menerima bantuan barangan keperluan dapur, sumbangan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Primus menyampaikan bantuan kepada salah seorang warga emas.

Turut menerima  bantuan  yang sama ialah 14 penduduk di Kg.Lintuhun, 36 orang dari Kg.Dumpiring dan 64 orang yang lain. Semua sumbangan disampaikan wakil Jonathan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri II (KDN). TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN