30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 17, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Keputusan Ketua Menteri namakan Kerajaan Sabah sebagai GRS-BN tepat sekali: Robert.

KOTA KINABALU:Keputusan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor untuk menggunakan nama Kerajaan Sabah sebagai Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS – BN ) adalah amat tepat sekali kata Timbalan Presiden STARSABAH

Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyokong penuh dengan kesediaan Ketua Menteri menerima cadangan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

“Kerajaan Negeri sekarang ini yang  dikenali sebagai kerajaan GRS-BN mencerminkan satu pasukan  gabungan yang kuat dan mantap. Kerajaan ini juga sudah tentu menjadi landasan yang tepat kearah merealisasikan hala tuju Sabah Maju Jaya” katanya.

ADUN Bingkor itu berkata, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)Sabah  lalu dan juga  sebelum pilihan raya negeri yang lalu parti parti yang dikenali Gabungan Rakyat Sabah sudah menjalani kesepakatan dan  bekerjasama untuk membentuk kerajaan bersama sekiranya memenanginya.

“Dengan kemenangan  itu dan tertubuhnya kerajaan baharu maka kerajaan yang dibentuk itu  dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah  (GRS)di mana Barisan Nasional juga berada dalam gabungan ini” jelasnya.

Pada masa sama Robert juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 yang mengesyorkan agar kerajaan Sabah dinamakan Kerajaan GRS-BN. 

“Begitu juga kepada Ketua Menteri Sabah yang berjiwa besar untuk memperakukan kerajaan Sabah sebagai kerajaan GRS-BN” katanya.

Maka dengan itu  merayu kepada semua pemimpin-pemimpin parti dalam GRS-BN  bergerak bersama dan bersatu untuk menyantuni rakyat di negeri ini.

“Kita sudah ada ikatan yang kukuh, marilah bersama sama bekerja dalam satu pasukan dan  matlamat demi rakyat Sabah” ujar Robert.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN