ADVERTISEMENTspot_img

Keputusan BN mengkaji semula kerjasama dengan GRS akan dinilai pengundi

Kong….Pengundi tahu keikhlasan sesebuah parti politik yang berjuang untuk rakyat dan berjuang untuk peribadi

RANAU: Keputusan Barisan Nasional (BN) Sabah untuk terus bersama atau tidak dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihanraya Umum akan datang mungkin tidak menjadi masalah malah ditunggu-tunggu oleh pengundi negeri ini.

Menegaskan perkara itu, Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Kong Soon Choi berkata, keputusan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin sudah tentu dinilai dengan teliti oleh pengundi yang sebenarnya telah lama membuat pendirian terhadap perjuangan BN khasnya parti Umno di Sabah.

“Tidak apalah, itu keputusan mereka (BN Sabah) dan jika tidak mahu bersama, pengundi tahu keikhlasan sesebuah parti politik yang berjuang untuk rakyat dan berjuang untuk peribadi. Jadi mengambil sikap profesional itu lebih penting berbanding mengambil hati dengan ucapan tidak berasas seperti itu”. Tegasnya.

Katanya, senario politik ketika ini tidak boleh meletakkan tahap keyakinan terlalu tinggi sehingga menyingkirkan rakan-rakan seperjuangan lain dalam sesebuah organisasi politik kerana kehendak pengundi sukar dijangka khasnya apabila negara berhadapan dengan isu-isu ekonomi yang membebankan rakyat.

Justeru katanya, sebarang keputusan yang dibuat secara terburu-buru tanpa memikirkan implikasi hanya mencetuskan suasana tidak sihat dalam gabungan kerajaan negeri sedia ada dan ibarat ada musuh dalam selimut yang tidak ikhlas selama ini.

“Kenapa hilang pertimbangan ketika mengeluarkan kenyataan sedangkan pemimpin itu juga memegang jawatan penting dalam Kabinet Kerajaan Negeri Sabah. Apa maknanya beliau berada dalam sebuah kerajaan negeri yang dibentuk secara gabungan”. Katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ketika menyampaikan ucapan dalam Konvensyen BN Sabah berkata, BN Sabah mengkaji semula hubungannya dengan GRS bagi mempastikan BN tidak ditipu lagi.

Tegasnya, mereka tidak mahu berada dalam kedudukan yang sama dimana BN ‘berkawan’ dengan pihak lain hanya untuk dilayan dengan tidak ikhlas.

Kenyataan itu turut mendapat reaksi meluas pemimpin politik negeri dan pusat yang masing-masing memberi pandangan tersendiri termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Hj.Noor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN