25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JAMES RATIB-SEGENAP LAPISAN RAKYAT PERLU PATUHI SOP PKP

James menyampaikan Watikah Perlantikan kepada salah seorang pemimpin masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri N.48 Sugut.

SUGUT: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dipatuhi sepenuhnya oleh segenap lapisan rakyat negeri Sabah bagi membantu pihak berkuasa khsusunya petugas barisan hadapan mengurangkan angka jangkitan Covid-19 yang semakin hari menunjukkan peningkatan termasuk kadar kematian akibat penyakit berbahaya tersebut.

Datuk James Ratib yang juga Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan 1 Negeri Sabah menjelaskan, masyarakat perlu optimis untuk menerima norma kehidupan baru yang ditetapkan melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan bagi mengelak wabak Covid-19 terus menular dan menjangkiti kelompok masyarakat.

“Kita sebagai rakyat negara Malaysia di Negeri Sabah perlu akur dengan norma kehidupan baru yang ditetapkan. Jangan sesekali ingkar dengan pematuhan SOP yang hari-hari diperingatkan dalam kaca televisyen,radio mahupun media sosial oleh pihak berkuasa. Kita juga kena bertanggungjawab seperti petugas barisan hadapan yang lain”jelasnya ketika ditemui dalam majlis ringkas penyerahan watikah perlantikan pemimpin masyarakat dikediamannya disini pada Khamis.

James turut menjelaskan, sebagai wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut, beliau akan mempastikan para pemimpin masyarakat terus memainkan peranan mereka dalam usaha mempromosikan hebahan mengenai konsep pematuhan SOP kesihatan dikalangan penduduk kampung agar mereka benar-benar memahami norma kehidupan baru yang perlu dipatuhi.

Tegasnya, peranan pemimpin masyarakat amat penting bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19. Selain itu, mereka juga perlu memahami sepenuhnya setiap SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan pihak berkuasa khasnya yang merangkumi beberapa larangan aktiviti sosial agar penduduk kampung tidak sewenang-wenangnya melanggar PKP.

“Sebagai pemimpin masyarakat, SOP PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan sejak PKP dikuatkuasakan perlu dibaca serta difahami dengan teliti agar mampu menjelaskan kepada golongan akar umbi. Penduduk kampung mungkin masih ada yang keliru kerana kurang memahami SOP yang ditetapkan, maka tugas pemimpin masyarakat penting untuk menjelaskan kepada mereka”, tegas James.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN