ADVERTISEMENTspot_img

Kenyataan Ketua Wanita STAR Semata-mata Merupakan Pandangan Peribadi

Ardino Diris

KOTA KINABALU: Kenyataan Ketua Wanita yang tular pada 18 Disember 2024 bertajuk ‘Jeffrey Mendapat Sokongan Padu Jadi KM Sabah Ketika GRS Hadapi Saat Gentir’ merupakan pandangan peribadi beliau dan bukan kenyataan rasmi Parti Star.

Ketika dihubungi, Ardino Diris, yang merupakan Timbalan Ketua Penerangan Parti Star dan juga Ketua Bahagian Star N.6 Bandau menjelaskan soal siapa yang patut  diangkat menjadi Ketua Menteri  didalam keadaan Politik Sabah yang agak goyang sekarang sama sekali tidak patut ditimbulkan dan semua pihak harus teguh mempertahankan Sabah dibawah Kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Ardino menyatakan, Presiden Star, YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan telah pun mengeluarkan beberapa kenyataan bahawa Jeffrey menyokong penuh Ketua Menteri terutama dalam kenyataannya dengan Harian Express bertarikh 14 Disember 2024 ketika beliau kaitkan terlibat dengan konspirasi terhadap Ketua Menteri.

Saya amat yakin Presiden Star mempunyai pandangan yang jauh untuk kesejahteraan rakyat Sabah dan akan terus bekerjasama dengan Ketua Menteri menerajui Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah sehingga Hak-hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tercapai dan dipenuhi, tambah Ardino.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN