Garrett (kanan) mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Ang Lui Meng.
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menghulurkan sumbangan kewangan kepada Keningau Chinese Chamber of Commerce.
Sumbangan Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ( ADUN) Bingkor disampaikan oleh staf UPPM N.40 Bingkor Garrett Patrick mewakili Robert kepada Timbalan Pengerusi Keningau Chinese Chamber of Commerce Ang Lui Meng.
Sumbangan tersebut adalah bagi membiayai Majlis Ulang Tahun ke 78 Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua di sini.
Menurut Pengerusi Panganjur Kapitan Cleyrance Lee majlis tersebut akan diadakan pada 28 Julai ini.
Kapitan Cleyrance mengucapkan terima kasih kepada Robert atas sumbangan tersebut.
Turut menerima sumbangan daripada Robert adalah Persatuan Taekown-Do (GTF) Daerah Keningau.
Sumbangan tersebut untuk suntikan dana kewangan membiayai pengurusan kejohanan Taekwon- Do Terbuka Jemputan Tahun 2023 yang akan dijadualkan pertengahan bulan depan bertempat di Dewan Majlis Daerah Keningau.
Sumbangan tersebut diterima oleh Wakil Persatuan Sofian Aris yang disampaikan oleh staf UPPM N.40 Bingkor Encik Garrett Partick mewakili Robert.
Presiden Persatuan Tomothy Martin Wong memberitahu tujuan mengadakan kejohanan tersebut adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti para peserta dalam taekwon-do.
Ia juga dapat mengisi masa lapang para belia dan beliawanis dalam aktiviti serupa itu disamping membenteras gejala sosial dikalangan remaja.
Timothy merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas keprihatinan beliau menyokong aktiviti tersebut dan menyumbangkan kewangan untuk meringankan bebanan persatuan.