27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kenderaan pacuan empat roda jatuh gaung, pasangan suami isteri selamat

RANAU: Pasangan suami isteri nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 37, Jalan Ranau-Tamparuli, dekat simpang Kampung Kiau, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata dalam kejadian lebih kurang 11.20 malam itu mangsa dikatakan dalam perjalanan daripada Tawau menuju Kota Kinabalu.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.39 malam.

Anggota bomba kelihatan membawa keluar salah seorang mangsa

“Sejurus menerima panggilan, sepasukan lapan anggota BBP Ranau diketuai PBK II Wasli bin Saupin bersama sebauh jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Ford Ranger telah terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih-kurang 60 meter,” katanya kepada media, hari ini.

Menurut Ridwan, terdapat dua orang mangsa terlibat iaitu seorang lelaki dipercayai pemandu berumur 36 tahun dikenali Rashid@Mohd Rashid Soebah dan penumpang yang juga isteri pemandu, Rosnani Abdul Sinin, 34 tahun.

Beliau juga berkata, mujur dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan parah.

“Pasukan bomba bertindak membawa mangsa naik ke atas jalan raya seterusnya diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi di lokasi kejadian ditamatkan pada jam 1.09 pagi,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN