30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kenderaan dipandu laju, ibu bapa pelajar SMK Tamparuli bimbang keselamatan anak-anak.

Jalanraya utama menuju ke Pekan Tamparuli dan Daerah Ranau yang padat dengan kenderaan dan terletak dihadapan kedua-dua persimpangan sekolah tersebut.

TAMPARULI : Rata-rata ibu bapa dan penjaga pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli dan Sekolah Rendah Kebangsaan Tamparuli bimbang dengan keselamatan anak-anak berikutan terdapat kenderaan yang dipandu laju ketika melalui kawasan sekolah.

Helvin Ribus, yang mempunyai anak bersekolah di SMK Tamparuli dan SRK Tamparuli ketika ditemui berkata, beliau agak bimbang dengan keselamatan anak-anaknya terutama sekali ketika pulang dari sekolah kerana terlalu banyak kenderaan yang kadang-kala dipandu agak laju ketika melalui kawasan sekolah.

Helvin Ribus.

“Jalan raya utama terletak betul-betul dihadapan persimpangan kedua-dua sekolah ini. Boleh dikatakan kenderaan yang melalui jalan ini memang tidak putus-putus kerana ia merupakan laluan utama ke daerah-daerah penting di Sabah. Namun ada pemandu yang agak laju ketika melalui kedua-dua persimpangan sekolah’’. Tegasnya.

Justeru, beliau mencadangkan agar pihak berkenaan segera mencari jalan penyelesaian berkesan bagi menjamin keselamatan murid ketika pergi atau waktu pulang daripada sekolah.

Katanya, jika dibina jejantas mungkin boleh mengurangkan risiko kemalangan tetapi beliau turut mencadangkan kaedah lain dengan memasang penghadang laju dan lampu isyarat yang memberi amaran kepada pemandu untuk memperlahankan kenderaan mereka ketika melalui kawasan sekolah.

Seorang lagi bapa kepada pelajar di SRK Tamparuli dikenali sebagai Eddy Kinsin turut meluahkan kebimbangan berhubung keselamatan pelajar dan berharap kawasan dihadapan kedua-dua sekolah tersebut perlunya kawalan polis trafik ketika pelajar ke sekolah atau pulang daripada sekolah.

‘’Saya bimbang kerana terdapat segelintir pemandu yang tidak peka dengan kawasan sekolah dan memandu agak laju ketika melalui kawasan itu. Ia sudah tentu mendatangkan bahaya kepada pelajar, ibu bapa serta penjaga yang menghantar atau mengambil anak dari sekolah”. Katanya.

Tegasnya, pihak sekolah juga dicadangkan agar menambah keanggotaan pengawal keselamatan dikedua-dua sekolah dan meminta bantuan pihak polis untuk memberikan mereka pendedahan mengenai kawalan lalulintas bagi membantu mengawal pergerakan kenderaan dihadapan sekolah tersebut.

Beliau berkata, pengawal keselamatan yang mempunyai pengetahun asas mengenai kawalan lalulintas mungkin boleh membantu mengawal kenderaan yang melalui kawasan persimpangan sekolah agar memperlahankan kenderaan dan mengurangkan risiko kemalangan.

Seorang lagi penjaga dikenali sebagai Monton Kimin berkata, setiap hari apabila beliau menghantar atau mengambil cucunya dikedua-dua sekolah tersebut, beliau turut bimbang kerana melihat terdapat pemandu khasnya kenderaan berat yang tidak memperlahankan kenderaan mereka.

Beliau berharap agar pihak berkenaan juga segera mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan risiko berlakunya kejadian tidak diingini dikedua-dua kawasan laluan utama berhadapan sekolah tersebut.

‘’Mungkin pihak sekolah boleh membuat kerjasama denga Jabatan Rela untuk membantu mengawal lalulintas ketika anak-anak hendak ke sekolah atau pulang. Selain itu, mereka juga boleh mengatur susunan kenderaan yang diletakkan ditepi-tepi jalan’’. Katanya.

Tinjauan media di kedua-dua lokasi pada Khamis mendapati, jalan raya utama yang menghubungkan laluan Tamparuli-Tuaran berhadapan sekolah tersebut agak padat dengan kenderaan yang datang dari arah daerah Ranau, Pekan Tamparuli termasuk dari bulatan Tuaran menuju ke daerah Ranau dan daerah-daerah lain di Pantai Timur.

Kenderaan yang lalu dihadapan kedua-dua persimpangan sekolah juga kadang-kala agak laju yang boleh mengundang bahaya kepada keselamatan pejalan kaki khasnya dikalangan murid-murid dari kedua-dua sekolah berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN