Maaidi (tengah) memotong kek bersama yang lain pada majlis itu
RANAU: Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun menyarankan kepada generasi muda agar mengenang jasa, khidmat bakti serta pengorbanan warga emas(warga tua) dalam sumbangan mereka membina keharmonian keluarga dan dalam aspek pembangunan negara.
Datuk Masidi menggasa golongan muda supaya mengambil perhatian terhadap penjagaan serta kebajikan warga emas termasuk menjaga kesihatan, makan-minum serta pakaian mereka seperti mana mereka menjaga anak-anak semasa kecil dahulu.
“Itulah tanggungjawab kita terhadap pengorbanan ibu bapa yang mungkin sekarang sudah memasuki era usia ‘Warga Emas’.
“Tanpa mereka siapalah kita hari ini”, jelas Datuk Masidi ketika berucap merasmikan Majlis Hari Warga Emas anjuran Persatuan Hakka Ranau di Mini Dewan Hakka di sini pada Ahad.
Menyentuh majlis itu, Datuk Masidi memuji Persatuan Hakka Ranau kerana berjaya menganjurkan program itu setiap tahun bagi menghargai golongan Warga Emas dengan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada 36 orang warga emas terlibat.
“Sumbangan yang disampaikan adalah suatu bukti dan keprihatinan persatuan menghargai peranan warga emas dalam pembangunan masyarakat”, tegas Datuk Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)N.37 Karanaan.
Beliau seterusnya, memaklumkan pihak kerajaan kini dalam perancangan untuk meneruskan pembinaan laluan Pan Borneo menghubungkan Tamparuli dan Ranau yang memakan kos yang tinggi terutama pembinaan jalan ‘Terowong’ bagi mengelakan berlaku lebih banyak tanah runtuh.
“Pebinaan jalan terowong difikirkan sesuai dengan keadaan jalan sepanjang Tamparuli dan Ranau yang berbukit bukau sering berlaku tanah runtuh menimbulkan pelbagai kerumitan para pengguna.
Berhubung kaedah mengatasi masalah kekurangan bekalan air bersih di Ranau, Datuk Masidi menjelaskan pihak kerajaan akan mempercepatkan usaha untuk memindahkan kawasan ‘Tadahan Air’ yang ada di sungai Kimolohing ke Sungai Nikimura yang dikenalpasti airnya bersih, sentiasa jernih dan tiada berlaku banjir atau kegiatan tanah pertanian.
Terdahulu President Persatuan Hakka Ranau, ketika berucap mewakili Jawatankuasa penganjur, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong dalam ucapannya merakam penghargaan dan terima kasih atas kesudian Datuk Masidi menghadiri dan merasmikan majlis tersebut.
Menurut Datuk Jimmy majlis itu adalah satu cara Pembudayaan Idelogi Moral dalam asas tradisi masyarakat Cina sejak turun-temurun untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan sertai menghargai jasa serta pengorbanan warga emas terhadap keluarga, masyarakat dan negara.
“Saya mewakili Jawatankuasa pe ganjur dan Persatuan Hakka Ranau berterima kasih atas kehadiran Datuk meskipun sibuk dengan tugasan rasmi yang lain”, jelas Datuk Jimmy yang seterusnya mengemukakan beberapa resolusi permohonan dan cadangan kepada kerajaan menerusi kepimpinan Datuk Masidi yang antara resulosi ialah, memohon agar bekalan air terawat untuk penduduk Ranau dapat dinaiktaraf, menyegerakan pembaikan dan pembinaan jalan raya yang sempurna dari pekan Kundasang ke Taman Air Panas Poring untuk mengatasi kesesakan jalanraya terutama pada cuti umum dan menaiktaraf sistem bekalan letrik di daerah Ranau.
Datuk Jimmy seterusnya mengemukakan permohonan kepada Datuk Masidi agar dapat membantu membiayai kos pemasangan Lif di bangunan Hakka untuk kemudahan warga emas dan ibu-ibu apabila turun-naik bangunan tersebut.
“Untuk penyediaan kemudahan ini kami Persatuan Hakka Ranau memerlukan kos berjumlah RM200,000 (ringgit Malaysia dua ratus ribu)”, tambah Datuk Jimmy.
Sempena majlis itu seramai 36 orang Warga Emas menerima sumbangan berupa wang tunai daripada persatuan Hakka Ranau, disampaikan Datuk Masidi yang telah meluluskan peruntukan berjumlah RM10,000 untuk membiayai kos program Persatuan Hakka Ranau terutama aktiviti melibatkan warga emas.
Memeriahkan majis itu ialah, acara memotong Kek meraikan dua orang warga emas ‘Paling Tua’ iaitu, Chin Nyuk Foh 72, dan Von Fung Len 71.
Hadir sama Datuk Amisah Yassin (ADUN dilantik), PPM Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Harun,Ā Pegawai Perhubungan Parlimen,Ā Chong Pe.