29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 17, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kemukun FC muncul Juara  Kejohanan Bolasepak Piala Presiden Kelab Kemukun , Chi Hon Wan.

JUARA….Pasukan Kemukun Fc merakam gambar bersama hadiah mereka.

LAHAD DATU: Pasukan Kemukun FC di sini muncul Juara  Kejohanan Bolasepak Piala Presiden Kelab Kemukun , Chi Hon Wan, melibatkan 4 pasukan berentap di Padang Kompleks Sukan di sini baru-baru ini.

Kemukun menewaskan pasukan Lahad Datu (Naib Johan) dengan jaringan 1-0 pada perlawanan akhir yang dijalankan secara Sistem Liga.

Tempat Ketiga disandang pasukan  Kunak dengan jaringan 1-1 bertemu  Semporna (tempat Keempat) pada perlawanan merebut tempat Ketiga.

Sementara itu para pemenang individu turut menerima hadiah berupa tropi masing-masing iaitu, Pemain Terbaik diberikan kepada Doha Balut dari Pasukan Kemukun FC Tungku, Penjaring Terbanyak, Ruslan Othman (3 jaringan)dari pasukan Kemukun dan  Penjaga Gol Terbaik, Jumadi Bin Menjadi  juga dari pasukan Kemukun.

Chi Hon Wan ketika ditemui memberitahu, kejohanan tahunan itu merupakan antara program untuk menyamarakkan dan memperkukuhkan perpaduan sedia terjalin  dikalangan mereka yang tinggal di Pantai Timur Sabah.

“Program seumpama ini juga sesuai dengan hasrat perancangan kami menubuhkan  Akademi Bola Sepak di pantai Timur Sabah terutama kawasan Tungku dan Lahad Datu”, jelas Chi Hon Wan sambil memaklumkan kejohanan itu akan dianjurkan dan dikelolakan pihak Kelab Kemukun Fc.
Menurutnya pihak Kelab  akan berusaha mempelbagaikan aktiviti Bola Sepak ke arah menvungkil bakat dan potensi generasi muda sekaligus melahirkan pemain yang bukan sahaja bakal mewakili kelab Kemukun tetapi ke peringkat daerah, Negeri, Kebangsaan dan    antarabangsa.

“Kita ramai jurulatih yang bertauliah di daerah Lahad Datu untuk membimbing anak-anak muda agar berkebolehan dalam bidang Bolasepak.

“Kita faham jika mahir  atau berkebyolehan dalam    bidang seperti Bolasepak ia boleh mendatangkan sumber pendapatan yang lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh”, tambah Chi Hon Wan.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN