30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kempen Derma Darah Perdana 2.0 Berjaya Mengumpul 139 Pain Darah

Rafie ketika melawat pelaksanaan Kempen Derma Darah Perdana 2.0 berkenaan.

KENINGAU: Kempen Derma Darah Perdana 2.0 anjuran Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau dengan kerjasama pelbagai pihak, telah berjaya mengumpul sebanyak 139 pain darah.

Pengerusi penganjur yang juga Pengerusi Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau, Rafie Robert berkata, kempen kali kedua berkenaan berjaya mengumpul lebih tinggi pain darah berbanding penganjuran Kempen Derma Darah Perdana yang pertama iaitu sebanyak 132 pain darah.

Sehubungan itu katanya, beliau berterima kasih kepada para penderma darah yang hadir memberi sokongan demi membantu mereka yang memerlukan.

“Terima kasih juga kepada rakan strategik yang terlibat dalam program ini, sekaligus membawa kepada pelaksanaan pelbagai aktiviti seperti pameran dan jualan kraftangan, pameran dan pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), temuduga terbuka oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), penerangan produk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pameran Open University Malaysia (OUM) dan Bank CIMB,” katanya.

Rafie (kanan) ketika menyaksikan penyampaian sijil derma kepada penderma darah yang disampaikan Robert (dua dari kiri)

Beliau berkata demikian pada Program Kempen Derma Darah Perdana 2.0 sempena Hari Derma Darah Sedunia 2022 peringkat Daerah Keningau yang diadakan di Tapak Pasar Malam Keningau, pada Sabtu.

Kempen Derma Darah berkenaan telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik dan seterusnya menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Pusat Transfusi Darah Hospital Keningau bagi tujuan pembelian katil demi keselesaan penderma darah di masa akan datang.

Turut menderma darah, Timbalan Ketua Wiramuda STARSABAH Razziddin  Robert.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN