30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kempen Derma Darah Lembaga Pelawat Hospital Ranau 18 Mac ini

Benedict (tengah) ketika berbincang dengan pihak hospital Ranau.

RANAU: Lembaga Pelawat Hospital (LPH)daerah ini akan menganjurkan Kempen Derma Darah di Dewan Masyarakat Ranau pada 18 Mac ini berula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pengerusi LPH Ranau, Benedict Gunda berkata, program itu dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Ranau merupakan  antara inisiatif LPH bagi mengisi Tabung Darah Hospital untuk membantu  mereka yang memerlukan  darah seperti ibu lepas bersalin, pesakit Talessimia, pembedahan dan mereka yang terlibat dengan sesuatu kemalangan.

“Kita perlu membantu bekalan darah kepada  mereka yang mungkin saudara kita atau diri kita sendiri juga.

“Setitik darah boleh menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan”, jelas Benedict yang juga Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.179 Ranau

Beliau menyeru orang ramai (mereka yang layak) untuk menderma darah supaya datang menderma pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Menurut Benedict, program menderma darah juga merupakan suatu usaha murni bagi membantu hospital untuk mengatasi kekurangan bekalan darah (Unit Tabung Darah) untk keperluan semasa.

“Saya mengharapkan kepada warga Ranau yang layak agar hadir menderma darah pada tarikh yang telah  kita ditetapkan”, tambah Benedict.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN