30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kementerian Kerja Raya Sabah pemangkin pembangunan infrastruktur, merealisasikan Misi dan Visi

Robert (empat dari kanan) bergambar bersama Ketua-Ketua Jabatan.

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya  Sabah  (KKRS) adalah pemangkin pembangunan infrastruktur kearah merealisasikan Misi dan Visi dalam menggerakkan kemajuan pembangunan secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, hasrat ini adalah selari dengan matlamat dan hala tuju Sabah Maju Jaya berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan, seterusnya pemandu arah pelaksanaan secara terancang dan strategik, untuk mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, beliau ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kementerian KKRS kerana telah berjaya menghasilkan dokumen Pelan Strategik KKR 2021 – 2025 yang dibangunkan selari dengan matlamat Pelan SMJ 2021 – 2025.

“Sesungguhnya, penghasilan Pelan Strategik Kementerian adalah penting dan signifikan bagi meneruskan kecemerlangan organisasi yang sentiasa mengutamakan amalan budaya kerja inovatif dan kreatif melalui warganya yang berintegriti, pantas dan professional” katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Pelan Strategik KKRS 2021 – 2025 di salah sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Katanya, seiring dengan perubahan masa, KKRS dan agensi-agensi di bawahnya pasti berdepan dengan tekanan dan cabaran dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi ekspetasi rakyat. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.

“Cabaran-cabaran besar yang kita hadapi pada hari ini terutamanya situasi pasca COVID-19 perlu ditangani dengan lebih efisien dan efektif demi menggerakkan ekonomi negara dan pada masa yang sama membantu kerajaan membendung penularan pandemik ini” jelasnya.

Justeru itu katanya, komitmen kesepakatan dan kerjasama erat melalui strategi-strategi yang lebih memberi impak serta disokong oleh dasar strategik di antara KKRS dan agensi-agensi di bawahnya adalah amat penting kearah mencapai matlamat penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

Tambahnya, penghasilan Pelan Strategik KKRS 2021 – 2025, penetapan beberapa lonjakan dan strategi serta sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dilihat sebagai usaha yang murni dan seiring dengan matlamat serta hala tuju negara.

Katanya, hala tuju strategik KKRS 2021 – 2025 adalah berteraskan kepada lapan (8) Teras Strategik iaitu meningkatkan kecekapan tadbir urus bagi memperkasakan pembangunan infrastruktur, memantapkan pengurusan dan pelaksanaan projek-projek jalan, jambatan dan bangunan, memperkasakan pengurusan sistem bekalan air, memoden dan mengembangkan operasi perkhidmatan kereta api, memantapkan aktiviti kawal selia lalu lintas air di seluruh had pelabuhan, dermaga, sungai dan pantai pasang surut, menyediakan prasarana pelabuhan, membangunkan dan menyelenggara sistem pembetungan; dan menambah baik sistem pengangkutan awam.

Bung yakin melalui penghasilan Pelan Strategik KKRS 2021 – 2025 ini, KKRS telah menzahirkan komitmen padu dan tidak berbelah bahagi dalam usaha merealisasikan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021 – 2025 (SMJ) seiring dengan kerangka utama pembangunan negara melalui Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

“KKRS juga dilihat sentiasa komited dan bermotivasi untuk melipatgandakan usaha bagi menambah baik kualiti sistem penyampaian perkhidmatan melalui inisiatif-inisiatif dan sasaran-sasaran yang ditetapkan dalam pelan strategik ini”

“Besar harapan saya agar dokumen Pelan Strategik KKRS 2021 – 2025 ini akan dapat direalisasikan dan memberi impak yang baik kepada pelanggan dan pemegang taruh”

“Semangat moto KKRS “Nadi Pembangunan Infrastruktur” perlulah dihayati sepenuhnya dan diterjemahkan melalui kejayaan dan kegemilangan yang akhirnya akan dinilai oleh rakyat” katanya.

Justeru itu katanya, dalam mempersiapkan negara untuk menjadi negara maju, kecekapan penyampaian Perkhidmatan Awam perlu terus diperkukuh agar ia berupaya menyokong pertumbuhan ekonomi seterusnya meningkatkan produktiviti untuk kemakmuran bersama.

Dalam pada itu tambahnya lagi, integriti serta akauntabiliti penjawat awam perlu dimantapkan dan diperkukuh secara berterusan. Prinsip F.A.S.T.E.R iaitu flatter, agile, streamlined, techenabled, efficient and resilient perlu dijadikan panduan oleh setiap penjawat awam dalam melaksanakan tugasan. 

Beliau juga berharap agar setiap warga KKRS dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam merealisasikan inspirasi KKRS ini demi melakar kejayaan yang lebih cemerlang sebagai sebuah agensi teknikal utama terbaik bertaraf dunia pada masa akan datang.

Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah Datuk Mohd Jasmin bin Julpin, Pengarah Jabatan Kerja raya Datuk Ir. Haji Ali  Ahmad Hamid, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ir. Edward Lingkopo, Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah Leonard Poyong, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah Puan Jennieve Peter, Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Maswandie Masmoon danPengurus Besar  Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah Felix Liangson.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN