26 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kelewatan kerja menaik taraf jambatan sungai Pancuran Nabawan disebabkan masalah teknikal

Beginilah keadaan jambatan selepas dibaiki.

NABAWAN: Kelewatan memulakan kerja menaik taraf jambatan sungai Pancuran Nabawan disebabkan kelewatan SESB dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengemukakan skop kerja dan anggaran kerja pemindahan utiliti mereka.

Menurut sumber daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan, kerja fizikal di tapak belum lagi dimulakan kerana ia melibatkan pemindahan utiliti SESB dan JANS di tapak pembinaan.

Sumber itu berkata, pihak JKR masih menunggu skop kerja dan anggaran kerja pemindahan utiliti daripada SESB dan JANS tetapi sehingga kini ia belum diperolehi.

Kata sumber itu, halatuju terkini adalah untuk membuat temporary diversion (lencongan sementara), tetapi tetap tidak dapat dilaksanakan ketika ini disebabkan anggaran dan skop belum diberikan pihak utiliti.

Mengenai dengan papan tanda projek naik taraf jambatan itu yang sepatutnya sudah bermula, pihak JKR memohon maaf.

“Mesyuarat akhir tapak pada 22 Oktober 2024, pihak JKR telah sekali lagi menegaskan kontraktor untuk memantau dan membuat kerja-kerja rutin sebelum kerja-kerja menaik taraf bermula tetapi nampaknya kontraktor gagal berbuat demikian menyebabkan orang awam merungut” jelas JKR Nabawan.

Pihak JKR mohon maaf atas kekhilafan memantau sehingga menyebabkan kerosakan tersebut terlepas pandang dan dibaiki sendiri oleh pihak penduduk kampung.

Pada Isnin sekumpulan penduduk kelihatan membaiki dan mengganti beberapa kerat papan jambatan yang rosak tetapi mendapat keceman daripada natizen kerana hasil kerja mereka bukanlah yang sepatutnya.

Mereka membuat kerja itu kerana ada motif yang tersembunyi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN