30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Tarik Tali Apachee Sg Bedaun naib johan Tarik tali Terbuka KL 2022

NAIB JOHAN….. pasukan tarik tali dari Kelab Tarik Tali Apachee Sungai Bedaun bersama hadiah yang dimenangi.

LABUAN: Pasukan Kelab Tarik Tali Apachee Sungai Bedaun tidak pulang dengan tangan kosong selepas pasukan itu berjaya menjadi naib johan kategori Lelaki Awam Tanpa Berkasut  (640kg) Tarik Tali Terbuka Kuala Lumpur 2022  yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pasukan Apachee yang dibarisi  10 atlet    terdiri Azmi Matali, Azhar Lumat,  Haffis Sarail,  Mohd Shahrol Kassim,  Rizam Andog, Adi Japar, Azman Matali, Khaizuran Irfan  Aswadee, Harawan Shah Mohamad dan Saminuddin A/k Embus  memenangi  hadiah wang tunai RM2,000 serta medal.

Pasukan Apachee diiringi oleh dua pegawai  masing masing Jaafar  Daud selaku Pengurus Pasukan  dan  Saraman Matali selaku Jurulatih.

Johan bagi kategori itu dimenangi oleh  Pasukan Jerung dari Kuala Lumpur sekaligus merangkul hadiah wang tunai  RM3,000 serta medal.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan  Ahmadi juga dari Kuala Lumpur  untuk berkongsi hadiah wang tunai RM1,000 serta medal dan tempat keempat dimenangi oleh pasukan  DBKL untuk menerima hadiah wang tunai RM500.

Kejohanan yang diadakan sempena Festival Permainan Malaysia 2022 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu  telah disertai oleh 12 pasukan melibatkan pasukan MBK, Anak Bapak, Apachee Labuan, MPKL, DBKL, Jerung KL, Bunga Lawang, Ahmadi, Vat 69, Sangka Biru A, Gajah Hitam dan Kuching Tanah telah dibahagikan kepada dua kategori  Lelaki Tanpa Kasut (640kg) dan Lelaki Berkasut (640 kg).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN