31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Belia Meridi bantu anak kampung yang melanjutkan pelajaran ke IPT

Fadzwan merakam gambar bersama salah seorang pelajar yang menerima bantuan wang tunai secara One Off.

RANAU: Kelab Belia Meridi telah mengadakan satu program penyerahan bantuan wang tunai untuk membiayai pendaftaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) secara one off di Kampung Meridi di sini, baru-baru ini.

Penyerahan bantuan tunai secara ‘one off’ itu diberikan kepada anak jati dari kampung-kampung Mukim Kaingaran yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi sesi 2021 untuk kemasukan kali pertama.

Pengerusi Kelab Belia Kg. Meridi Ranau, Fadzwan Bin Ali, berkata, inisiatif itu selaras dengan komitmen yang diambil oleh kerajaan Negeri Sabah untuk para pelajar berasal dari negeri itu meskipun menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi oleh ibubapa sejak pandemik Covid-19 bermula pada 18 Mac 2020 yang masih melanda dunia sehingga hari ini.

Lagi pelajar yang layak melanjutkan pelajarannya ke pengajian tinggi sempat merakam gambar bersama Fadzwan.

“Saya amat memahami kekangan dan cabaran ibubapa untuk menyekolahkan anak-anak mereka sejak bermulanya pandemik Covid-19 ini berlaku di Malaysia.

“Saya juga mengharapkan agar bantuan wang tunai ini dapat mengurangkan beban yang merisaukan ibubapa pelajar untuk membenarkan mereka melanjutkan pelajaran apatah lagi jika mendapat tawaran di luar negeri Sabah”, jelasnya.

Menurut Fadzwan lagi, setelah mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan belia, kelab itu telah menetapkan beberapa kriteria dan kelayakan yang diambil perhatian.

Antara kriteria yang perlu diambil kira adalah terbuka kepada pelajar IPTA dan IPTS untuk kemasukan kali pertama, pelajar dari Mukim Kaingaran sekurang-kurangnya berumur 25 tahun, golongan B40 dan M40,
pelajar tajaan kerajaan negeri tidak layak dipertimbangkan dan para pelajar yang mempunyai pengesahan kemasukan ke IPTA/IPTS seperti surat tawaran.

“Saya berharap dengan adanya inisiatif seperti ini, ia mampu meringankan beban ibubapa dan seterusnya pelajar-pelajar di Mukim Kaingaran akan lebih bersemangat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri”, Tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN