31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Belia Kg.Meridi anjur Program Dapur Belia.

SYUKUR…….Rahelia Simol dari Ulu Sugut Ranau, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima sumbangan disampaikan Fadzwan (dua kanan) diperhatikan dua krew yang lain.

RANAU: Kelab Belia Kg.Meridi di sini, telah menganjurkan Program Dapur Belia 2.0 di kawasan Ulu Sugut baru-baru ini.

Program dua hari  itu bersama Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pedalaman, Patrick Suhaimin dan Pegawai Belia Daerah Ranau,  Mohd. Safri Bin Samiri

Pengerusi Kelab Belia Kg. Meridi yang juga penyelaras program itu, Mohd. Fadzwan Bin Ali memberitahu,  inisiatif Majlis Belia Sabah dan dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah bertujuan membantu meringankan beban para belia yang terjejas sepanjang  pandemik Covid-19.

SIMPATI………Fadzwan menyampaikan sumbangan kepada Akang dari Kg. Karagasan Ranau, buta penglihatan (OKU) disaksikan yang lain.

Menurutnya, Seramai 35 keluarga dan individu mendapat faedah daripada program tersebut yang mensasarkan golongan pelajar IPTA dan IPTS di kawasan  Ulu Sugut yang terpaksa menyewa rumah atau bilik di kawasan pekan Ranau bagi mengikuti  kelas Online, mereka yang sakit, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Warga Emas.

“Kita mengharapkan program ini dapat membantu sedikit-sebanyak beban kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang kini menjadi wabak seluruh dunia termasuk Malaysia”, jelas Fadzwan.

Selaku penyelaras program katanya, berasa bangga dan berterima kasih atas komitmen,  bantuan dan sokongan daripada pegawai-pegawai Belia dan Sukan yang turut ‘Turun Padang’  melihat keadaan kehidupan dan berjumpa sendiri dengan masyarakat khususnya kalangan belia-beliawanis di Ulu Sugut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN