29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Belia Keningau terima Anugerah Perdana Belia Negara 2022

Mansur mewakili Ellron menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2022 bagi kategori Pertubuhan Belia kepada Syafiee.

KENINGAU: Kelab Belia Keningau(KBK ) menerima Anugerah Perdana Belia Negara 2022 bagi kategori Pertubuhan Belia.

Anugerah itu disampaikan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah Datuk Mansur Hj. Asun yang mewakili Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin dalam Majlis Anugerah Perdana Hari Belia Negara 2022 yang berlangsung di Ballroom Hotel Ming Garden Kota Kinabalu pada Khamis.

Pengerusinya Syafiee Hj. Ludi menyifatkan anugerah yang diterima oleh KBK bukan sahaja kemenangan untuk KBK tetapi buat semua golongan belia di Pedalaman dan sangat menghargai anugerah yang diterima.

“Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira diatas pemilihan buat KBK. Kami sedar apa yang kami lakukan adalah sumbangan kecil. Kami sedar masih banyak yang perlu kami sumbangkan kepada masyarakat di luar sana khususnya golongan belia dan lebih ramai lain persatuan atau kelab yang berkorban serta berjuang seperti KBK” katanya.

Sementara itu Timbalan Pengerusi KBK  Hairul Ahmad Syam berkata, bimbingan yang berterusan dan galakan dalam bepersatuan perlu diwariskan kepada golongan belia.

“Melalui kerja-kerja bepersatuan dapat melahirkan golongan belia yang berketerampilan dan dapat mencungkil bakat kepimpinan mereka” katanya.

Bagi Bendahari KBK Sudirno Jamatin, golongan belia perlu tanamkan keikhlasan dalam berpersatuan.

Katanya, mereka perlu terus bekerja dan menabur bakti serta jangan berhenti walaupun telah mendapat pengikhtirafan atau pujian.

Mereka turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penasihat Kehormat yang juga pengasas kelab ini,  Rafie Robert atas bimbingan, sumbangan dan tunjuk ajar beliau kepada Kelab Belia Keningau serta Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau dan Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Keningau.

Mereka ditemui pemberita setibanya mereka dari Kota Kinabalu. 

Kelab Belia Keningau telah membawa pulang hadiah trofi, Sijil Penghargaan serta wang tunai bernilai RM10,000.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN