31.6 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KELAB 4X4 G6 BANTU EDAR SUMBANGAN

Gambar AtasRuby (kedua kanan) bersama sebahagian ahli G6 sebelum memulakan misi penghantaran bantuan

RANAU: Kelab pacuan empat roda Off-Road G6 Ranau menyahut inisiatif untuk memainkan peranan dalam membantu mengangkut dan mengedarkan sumbangan ehsan sempena ancaman Panedmik Covid-19 yang disalurkan di daerah ini.

Presiden G6 Ruby Rodolfo berkata, “Sebagai sebuah kelab pacuan empat roda yang berorentasikan kepada aktiviti kebajikan, saya selaku presiden kelab memikirkan bahawa pada masa inilah khidmat kami diperlukan.

“Memandangkan daerah Ranau merupakan daerah yang luas maka kami menawarkan diri untuk membantu mana-mana agensi yang tampil untuk memohon bantuan. Hal ini kerana Kekuatan kami adalah kami memiliki beberapa kenderaan yang mampu sampai ke destinasi yang sukar untuk dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda biasa.

“Pada Masa Yang sama kami memikirkan bahawa bantuan makanan khususnya perlu dihantar segera kepada penduduk kampung di pedalaman kerana mereka sangat-sangat memerlukan barangan asas ini.” katanya.

Antara ahli kelab yang menghantar bantuan kepada penduduk kampung.

Menurut Ruby, pada misi kali ini kelab pacuan empat roda G6 menyediakan 11 buah kereta untuk melaksanakan misi penghantaran.

Mereka yang terlibat dalam penghantaran ini adalah Ruby sendiri, Mijan Tulin, Albinus James, Simon Tiam, Samion Rodolfo, Rozaimin Samion, Dius Subin, Anthony Leong, Sabinus Lungan, Hermon@Faridz Dusin dan juga Jasni Jahani.

Beliau menambah, “Jika ditanya apa yang mendorong kami untuk mengambil bahagian dalam misi ini ialah jawapannya tentu ianya lebih kepada misi kemanusiaan. Misi untuk membantu penduduk daerah sendiri.

Ruby (kiri) sempat menyerahkan bantuan kepada salah seorang penerima

“kami berpegang kepada kata-kata hikmah, ‘Kalau Bukan Kita Siapa Lagi?’. Apa yang penting bagi kami segala SOP penghantaran dari sudut pencegahan kami ikuti dengan penuh berhati-hati,” jelas beliau.

Ruby mengingatkan ara ahli kelab yang terlibat untuk menjaga jarak antara satu dengan yang lain, sentiasa memakai mask, dan sentiasa membawa hand sanitizer dan tidak ada sentuhan antara penghantar dan penerima.

Sementara itu, katanya setakat ini ada dua agensi yang telah ia bantu dalam menyalurkan sumbangan iaitu sumbangan-sumbangan dari Pejabat Parlimen Ranau yang diselia oleh MP Ranau YB Jonathan Yasin dan juga dari UPPM DUN Paginatan yang diselia oleh UPPM Hishamuddin Harun.

Ruby bersama penduduk kampung yang hadir menerima bantuan saluran Parlimen dan ADUN Paginatan.

Setakat ini, katanya, bagi sumbangan Parlimen G6 sudah menghantar bantuan ke lebih kurang 45 buah kampung, manakala untuk UPPM Paginatan mereka sudah menghantar bantuan ke 18 buah kampung.

“Untuk Rekod setakat 11 April 2020 Kelab kami sudahpun membuat penghantaran dari pelbagai agensi lebih daripada 63 buah kampung dan kebanyakannya berada jauh di Pedalaman Ranau.

“Kami sangat berterima Kasih kepada YB Jonathan dan En Hishamuddin kerana memberi ruang dan peluang kepada kelab kami untuk berbakti kepada penduduk-penduduk daerah Ranau,” jelas beliau. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN