Robert (tengah)bergambar kenangan dengan AJK perayaan.
KENINGAU:Perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama di negeri ini perlu dikekalkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, Sabah mempunyai keunikan tersendiri kerana sejak dahulu lagi kebebasan beragama sudah wujud.
Justeru itu katanya, perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan yang sudah sedia terjalin perlu diwarisi turun temurun.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian semasa menghadiri jemputan Perayaan Ulang Tahun Keuskupan yang Ke 29 dan Kaamatan Peringkat Paroki KSFX, Bertempat di Geraja St. James The Apostle Bunsit.
Beliau berkata, Sabah khususnya di kawasan Pedalaman memang unik kerana dalam satu keluarga ada yang berlainan agama.
“Walaupun begitu, semangat kekeluargaan itu tetap itu dan keharmonian tetap terus terjalin” jelasnya.



