25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kejohanan sukan Olahraga  Jubli Emas kali ke-50  MSSD berjalan lacar.

Barizah (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Datuk Jonathan disaksikan yang lain.

RANAU:Kejohanan sukan Olahraga  Jubli Emas kali ke-50  Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Ranau tahun 2023, di Kompleks Sukan Ranau berjalan lacar.

Kejohanan  itu yang telah dirasmikan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin pada  hari pertama kejohanan (1 Ogos) akan berakhir 4 Ogos, melibatkan 8 Kontonjen  Zon Sekolah Kebangsaan (SK) mewakili 71 buah sekolah rendah dan 11 buah sekolah Menengah di Ranau dijadikan  medan pemilihan atlit berpotensi boleh diketengahkan bagi mewakili MSSD Ranau ke kejohanan  Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)  peringkat  Negeri Sabah tidak lama lagi.

Datuk Jonathan dalam ucapan perasmiannya, antara lain menyeru para atlit terpilih mewakili sekolah  masing-masin agar memupuk budaya saing secara sihat dengan mengamalkan disiplin diri yang tinggi.

” Bersaing dalam apa juga jenis kejohanan sukan atau permainan pematuhan Disiplin Diri tetap menjadi keutamaan.

“Latihan yang teratur, sistematik  dan bersungguh-sungguh juga suatu landasan untuk mencapai kejayaan dalam apa juga persaingan bagi melahirkan atlit yang terbaik dikalangan yang baik”, tegas Datuk Jonathan.

Menurutnya lagi, para etlit juga perlu mematuhi arahan dan peraturan daripada guru-guru Jurulatih bertauliah untuk mencapai tahap kecemerlangan  dalam aspek Kurikulum, Ko-kurikulum dan sahsiah diri.

Datuk Jonathan menegaskan  kecemerlangan  dalam bidang Kurikulum dan Ko-Kurikulum perlu diperseimbangkan  secara terbaik memandangkan kedua-duanya satu keperluan membentuk kehidupan diri sendiri, keluarga dan komuniti pada masa akan datang.

Sempena kejohan itu, Datuk Jonathan mengumumkan sumbangan RM13 ribu untuk MSSD Ranau dan hadiah galakan RM4 ribu kepada pemenang ‘Juara’, RM3 ribu (Naib Johan) manakala tempat  ketiga RM2 ribu  dan masing-masing RM1 ribu kepada setiap  pasukan kurang bernasib baik tetapi telah menyertai kejohanan kedua-dua ketagori sekolah rendah dan sekolah  menengah.

Jonathan memuji komitmen  guru-guru daerah Ranau, yang bukan sahaja  punyai tanggungjawab bersungguh-sungguh membekalkan ilmu  pengerahuan dalam bidang akademik, malah menjalankan latihan dalam aspek Kokurikulum kepada  anak-anak murid agar menjadi anggota masyarakat yang berguna pada masa akan datang.

Pada pertandingan perbarisan  ‘lintas Hormat’ yang dijalankan sempena perasmian kejohanan menyaksikan keunggulan  Kontinjen SMK Mohd Ali untuk muncul Johan, diikuti kontinjen SMK Lohan dan  Ketiga SMK.Mat Salleh manakala Johan pertandingan ‘Maskot’  disandang  SMK Kundasang disusuli SMK Lohan (Naib Johan) dan maskot SMK Kemburongoh menduduki tempat ketiga.

Bagi Sekolah Kebangsaan Johan Perbarisan disandang Kontinjen Zon Utara, diikuti Zon Pekan (naib johan) dan Zon Timur di tangga Ketiga.

Johan maskot sekolah rendah disandang oleh Zon Pekan meletakkan maskot Zon Utara di tempat Naib Johan dan tempat ketiga diberikan kepada maskot Zon Garas.

Turut berucap ialah, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau, Barizah Binti Mohd.Kahar sementara hadir sama ialah, Pengerusi Persatuan Pengetua daerah Ranau, Marcus Shapie, Pengerusi Persatuan Guru Besar daerah Ranau, Michael Pakang, Para Pengetua, Guru-Guru Besar, Sataf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, para Penyelia PPD Ranau dan ribuan  ibu bapa  bersama pelajar sekolah rendah dan menengah daerah Ranau.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN