ADVERTISEMENTspot_img

Kejohanan Gegar Takraw Merdeka: 32 pasukan berentap rebut piala DAA

SERAHKAN PIALA…Mohd Arifin (tengah) menyerahkan Piala Rebutan DAA kepada pengerusi penganjur, Nor Hisham Narawi untuk dimenangi oleh juara pertandingan ini nanti.

MEMBAKUT: Sebanyak 32 pasukan akan berentap dalam Kejohanan Gegar Takraw Merdeka merebut Piala Penaung Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Pimping di Kota Kinabalu (PAPIM),Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif pada 23 dan 24 Ogos ini di Dewan Kesenian Pekan Membakut.

Pengerusi Penganjur, Nor Isham Narawi berkata lebih 45 pasukan telah mendaftar dan pihak penganjur hanya menerima 32 pasukan saja yang layak bertanding berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

“Oleh kerana kejohanan ini adalah kejohanan tertutup untuk Dewan Undangan Negeri Membakut dan pasukan-pasukan jemputan dari daerah-daerah berdekatan, kita terpaksa menolak pemerintaan pasukan-pasukan  yang jauh seperti Kudat, Kota Belud dan Keningau.

“Sambutan amat menggalakkan dan kita terpaksan menolak lebih 10 pasukan lagi kerana tidak mematuhi syarat,”kata Nor Isham yang memberikan penerangan kepada AJK PAPIM dalam mesyuarat terakhir persediaan kejohanan ini di kediaman Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad Dipong di Lorong Saga-Saga 2 Kg Pimping Pagi kelmarin yang dihadiri kesemua AJK PAPIM dan wakil dari Persatuan Sepak Takraw Sabah (ASTAKA), Haji Razalie Chin.

BAJU AJK PENGANJUR…Nor Isham menyampaikan baju AJK Penganjur kepada Datuk Mohd Arifin untuk majlis perasmian nanti.



Beliau berkata cabutan undi dan mesyuarat untuk pengurus-pengurus pasukan akan diadakan pada 22 Ogos ini jam 3 petang di Dewan Kesenian Islam Pekan Membakut dan perlawanan pusingan awal akan diadakan pada pagi Sabtu dan pertandingan akhir pada Ahad.

Nor Isham berkata Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif akan merasmikan kejohanan dua hari ini dengan gimik pelancaran dengan menyepak dua biji bola takraw yang akan diarahkan kepada penonton untuk dimenangi.

Beliau berkata lebih 20 gerai juga sudah ditempah oleh para peniaga khususnya dari Kampung Pimping untuk mereka memasarkan produk-produk mereka dalam kejohanan dua hari itu dan sebahagian dari aktiviti PAPIM memberi peluang kepada usahawan dari Membakut menjana pendapatan mereka.

Nor Isham juga berkata sebagai tanda solidiriti kepada adik Zara Qairina Mahathir yang meninggal duniai sebulan lalu di sekolahnya di SMKA Tun Mustpaha Kinarut, pihak penganjur juga akan mengadakan majlis doa untuk arwah sebelum bermula pertandingan dan melekat poster-poster kecil #justiceforzara di tempat kejohanan.

Beliau berterima kasih kepada seluruh AJK PAPAIM dan ahl-ahli PAPIM yang bertungkus lumus dan  bekerja keras untuk sama-sama menjayakan kejohanan ini dan berharap ianya akan berjaan ancar.

ABADIKAN KENANGAN… Mohd Arifin merakamkan kenangan dengan AJK Tertinggi PAPIM dan wakil ASTAKA selepas kunjungan hormat di kediaman Penaung di Kg Pimping Membakut kemarin.


 
Johan dalam pertandingan ini akan membawa puang  hadiah wang tunai RM2,000, sebuah Piala Rebutan dan sijil, naib johan akan menerima wang tunai RM1000 dan sijil dan pemenangan ketiga bersama akan menerima hadiah masing-masing RM500 dan sijil penyertaan.

Disamping itu pihak penganjur juga menyediakan hadiah Tekong Terbaik,Killer Terbaik dan Feeder Terbaik yang masing-masing akan membawa balik hadiah wang tunai RM100.
 
Hadiah ‘kejutan’ juga  menanti dalam kejohanan ini yang masih dirahsiakan oleh pihak penganjur.

Beliau meminta orang ramai terutama sekali ahli-ahli PAPIM untuk hadir memeriahkan kejohanan ini. Kaunter dan borang untuk menjadi ahli PAPIM  juga akan disediakan semasa kejohanan ini.
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN