28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 13, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Kejohanan bola sepak perlu diteruskan, kata Harun

CENDERAKENANGAN. Parasdin Oinung (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Harun sambil disaksikan oleh dari kiri Stanly, Ariffin empat dari kanan Juans, Johan, Sabli, Zul Jali, Mohd Rafi, dan yang lain.

OLEH: HJ MOHD AMIN HJ MUIN
DAN A. JALIL MADARIN

PITAS :Tirai kejohanan bola sepak anjuran Persatuan Bangsa Tombonuo Sabah (PBTS) bagi tahun 2025 di Padang Mini Kompleks Sukan Daerah Pitas dekat sini baru-baru ini wajar diteruskan.

“Kejohanan yang dianjurkan setiap tahun bersempena dengan sambutan Perayaan Rami-Rami Poriamo dan sukan ini adalah diantara aktiviti yang memenuhi aturcara perayaan yang dianjurkan serta menarik perhatian ramai peminat.

Berucap merasmikan kejohanan tersebut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Oil dan Gas Development Corpotion Sdn Bhd (SOGDC) Datuk Harun Haji Ismail berkata, bola sepak bukan sekadar permainan tetapi ruang jalinan silaturahim, penyatuan dan kebanggaan sebuah bangsa yang merdeka.

“Saya merasa bangga dan amat gembira sekali kerana sukan bola sepak ini terus digiatkan oleh pelbagai NGO demi memantapkan bola sepak kekal di minati ramai selain sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif memertabatkan budaya bangsa Tombonuo.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada semua para pemain agar dapat bermain dengan penuh semangat kesukanan dan sentiasa mengingatkan diri kita bukan siapa siapa malah adalah satu rumpun atau keluarga sama ada di dalam dan luar daerah ini.

Harun yang juga, Timbalan Ketua Bahagian PGRS Bahagian Pitas menyeru kepada semua pemain elakkan pergaduhan atau sebagainya kerana itu boleh menjejaskan imej sebagai pemain, penonton dan juga penyokong.

GIMIK PELANCARAN… kelihatan Harun melakukan sepak mula di kejohanan tersebut.

“Kejohanan ini bukan sahaja merebut kejuaraan akan tetapi ianya menyuntik semangat persaudaraan atau persahabatan jati diri bangsa kita yang merdeka,” tegasnya.

Terdahulu, Naib Presiden I, Persatuan Bangsa Tombonuo Sabah (PBTS) yang juga Pengerusi Penganjur Kejohanan Bola Sepak PBTS Parasdin Oinung antara lain berkata, tahun ini hanya 13 buah pasukan bola sepak yang mengambil bahagian dan majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada Ogos 2025 ini bersempena dengan Sambutan Perayaan Rami-Rami Poriamo Persatuan Bangsa Tombonuo Sabah (PBTS) yang diadakan di Pitas.

Beliau mewakili keluarga PBTS mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan padu Datuk Harun selain menghulurkan sumbangan bagi menjayakan kejohanan bola sepak dan sambutan Rami-Rami Poriamo tahun ini.

Hadir sama dimajlis itu, Pegawai Khas Datuk Harun, Abdul Majit Tarip@Man, Pengerusi Sambutan Perayaan Rami-Rami Poriamo yang juga Setiausaha Agung PBTS Juans Tikuson, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Pitas Ariffin Matasin, Ustaz Johan Aminullah Jheains Pitas.

Turut hadir di majlis pelancaran kejohanan tersebut Presiden Pitas Legen Jali Suntang, Sebahagian Ahli Jawatankuasa PGRS Bahagian Pitas, dan seluruh Ahli Jawatankuasa penganjur.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN