30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kejohanan Bola Sepak Merdeka  9 Sebelah, 30-31 Ogos 2022

logo Persatuan PEMUKA.

RANAU: Semua Kelab dan persatuan Bola Sepak di daerah ini, dipelawa untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Merdeka  (9 Sebelah) Tertutup Ranau di padang Kg.Sinarut Baru pada 30-31 Ogos 2022 anjuran Persatuan Muafakat Kampung Sinarut Baru (PEMUKA).

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur kejohanan itu Keply Sutian memberitahu, kejohanan yang julungkali diadakan itu melibatkan belia berumur 17-35 tahun untuk merebut pelbagai hadiah menarik termasuk Wang Tunai RM10 ribu kepada pemenang Johan, Naib Johan (RM8 ribu), Tempat Ketiga (RM6 ribu) bersama pelbagai hadiah iringan.

Wang penyertaan katanya berumlah RM200 (satu pasukan) hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 25 Ogos (tarikh tutup) penerimaan penyertaan manakala cabutan undi menentukan jadual perlawanan akan diadakan pada 28 Ogos.

“Semua penyertaan
amat dialu-alukan daripada 54 Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan Parlimen Ranau”, jelas Keply.

Kepada yang berminat untuk menyertai kejohanan katanya, boleh menghubungi Ewin John (014-2577796), Richie Ang (012-8152788) atau Gordon Joannes (011-31707456) untuk  keterangan lanjut.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN