26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah peringkat DUN Karanaan 30-31 Disember.

Rosdi bakal merasmikan kejohanan Bola Sepak Tertutup DUN Karanaan.

RANAU: Sebanyak 16 pasukan akan berantap pada Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.37 Karanaan di padang Kg.Tungou disini bermula  30-31 Disember.

Kejohanan tertutup anjuran Belia Kg.Tungou itu bertujuan memupuk perpaduan dan ikatan silaturrahim dikalangan pemain dan penduduk setempat selain landasan memilih pemain berpotensi bagi mewakili DUN Karanaan ke kejohanan peringkat lebih tinggi pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa penganjur kejohanan, yang juga Pengerusi Pemuda GRS Cawangan Kg.Tungou, Hazirin Bin Agustine memberitahu, antara pasukan bakal berentap ialah, Liwan Fc, Liwan Oldmix, Gasak Fc, Gorgon Fc, Randagong Fc,   Dongkoris Fc, Sumra Fc, Morron Fc, Pahura Fc, Tufc, Kolombuong Fc, Kibara A., Kibara B ,Tunder Mix, Lipasu, dan Taralamas Fc.

Menurut Hazirin, kejohanan  tersebut akan rasmikan Pemimpin  Pembangunan Masyarakat (PPM) N.37 Karanaan, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda GRS N.37 Karanaan dan Exco Pergerakan Pemuda PGRS Negeri Sabah, Rosdi Abd.Ghani(gambar).

Menurutnya lagi, hadiah-hadiah menanti kepada pemenang Johan akan menerima
wang RM1,000 (ringgit satu ribu), Piala dan medal, manakala Naib Johan memerima wang RM500 bersama piala dan medal sementara tempat ketiga menerima RM300 bersama medal.

“Tiga pemenang individu juga bakal menerima hadiah iaitu, Pemain Terbaik, Penjaga Gol Terbaik dan  Penjaring Tebaik”, tambah Hazirin sambil mempelawa orang ramai untuk hadir menyaksikan kejohanan itu yang dijangka mengetengahkan pemain pilihan pasukan masing-masing.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN