Oleh: BOY BAIRI
RANAU: Kecemerlangan Ranau sebagai antara daerah di Sabah yang paling ramai menghasilkan graduan dan profesional perlu terus dijulang.

Timbalan Ketua Pimpinan Bersatu Bahagian Ranau, Michael Yahya Dunggi, berkata, momentum kejayaan dan kecemerlangan itu harus dipertahankan.
Katanya, kecemerlangan itu, yang sedikit-sebayak mengharumkan nama Ranau perlu terus diperkasakan sebagai satu identiti unggul daerah ini, sekali gus menjadi sandaran motivasi kepada generasi sekarang dan akan datang.

“Untuk meneruskan tradisi kecemerlangan tersebut, generasi yang ada pada hari ini khususnya para pelajar harus mempersiapakan diri dalam pelbagai sudut, terutamanya akademik.
“Disamping cemerlang dalam akademik, para pelajar juga perlu menjadikan generasi terdahulu yang telah menjejakkan kaki ke menara gading, dan kini berjaya dalam lapangan masing-masing sebagai idola.
“Contohi ciri-ciri positif selain semangat kental yang ada pada diri mereka selaku anak jati Ranau dan generasi terawal bergelar graduan sebagai dorongan,” katanya semasa berucap merasmikan Hari Majlis Anugerah Cemerlang dan Penyampaian Sijil Tamat Murid Tahun 6 2019 SK Narawang di sini, baru-baru ini.

Menurut Micheal, antara individu terdahulu yang boleh dijadikan contoh ialah ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun. katanya, resepi kejayaan hidup beliau sebenarnya didorong oleh rasa ingin keluar dari kepompong kemiskinan dan kesusahan hidup.
Selain itu katanya, ramai lagi individu-individu di daerah ini yang boleh dicontohi, antaranya ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin. Rata-rata meraka katanya, berkongsi bahawa rahsia kejayaan hidup adalah melalui ketabahan dan kegigihan usaha.

Justeru, ujar Micheal, untuk terus memartabatkan Ranau sebagai daerah pengeluar utama graduan di negeri ini, generasi khususnya pelajar-pelajar yang ada masa ini harus mempersiapkan diri dengan berusaha lebih gigih selain bijak mendepani apa juga cabaran.
Pada majlis itu, Michael turut menyampaikan sumbangan daripada Masidi, berupa set sistem audio kepada SK Narawang .
Berucap sama pada majlis itu, Guru Besar SK Narawang, Paiman Galimbu. Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran, Saksim Othman, YDP PIBG SK Narawang, Taipui, Setiausaha Bersatu Bahagian Ranau, Haji Jahidin Lumat, barisan Pimpinan Bersatu Bahagian Ranau, rombongan bekas-bekas Guru Besar, guru-guru serta ibu bapa.-TAMAT-
