TANAM KELAPA… Masawi sedang menanam pokok kelapa mawar program Komuniti Hijau Rakan Lestari Majlis Daerah Putatan 2024 di taman permainan tebingan Taman Teluk Villa.
PUTATAN: Kebersihan persekitaran di kejiranan Taman Taman Perumahan memberikan suasana yang selesa dan nyaman untuk didiami.
“Selain itu dapat membantu memelihara keindahan alam sekitar secara semula jadi dengan kehijauan tumbuh tumbuhan pokok yang hidup subor, ” kata Pegawai Daerah Putatan, Masawi Haji Salleh.
Berucap pada Pegawai Daerah Program Komuniti Hijau Rakan Lestari di Taman Teluk Villa Putatan Sabtu lalu, Masawi berkata program berkenaan memberikan kesedaran kepada semua pihak betapa pentingnya menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar untuk kesejahteraan dan kualiti hidup serta dapat membantu dan memelihara keindahan a alam sekitar melalui khidmat komuniti yang dilaksanakan dengan aktiviti riadah dan rekreasi.
Masawi juga mengingatkan bahawa menjaga kebersihan persekitaran bukan tanggung jawab pihak berkuasa tempatan melalui Majlis Daerah semata, malahan ianya adalah merupakan tanggung jawab bersama.
“Adalah menjadi harapan pihak Majlis Daerah dan juga agensi agensi kerajaan yang lain, seperti Jabatan Kesihatan agar kebersihan dapat diberi perhatian oleh setiap penduduk demi mengelak sebarng kemungkinan berlakunya wabak penyakit yang sedang menular di kawasan kawasan perumahan dan perkampungan iaitu wabak demam denggi,” tegas beliau.

SAMPAH DIKUTIP…para peserta bersama pemimpin yang hadir dapat mengumpul sampah sarap di tebing laut Teluk Villa.
Katanya lagi, penduduk harus sama sama memainkan peranan menjaga kebersihan di kawasan perumahan masing masing dengan memberi ruang waktu sekurang kurangnya seminggu sekali untuk melakukan pembersihan bersama keluarga demi menjaga kesihatan untuk semua.
Masawi yang juga Pengerusi Majlis Daerah Putatan amat berpuas hati dengan kehadiran ramai peserta gotong royong yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Putatan ini yang melibatkan staf Majlis Daerah Putatan, Ahli Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Putatan, Klien JKPD Daerah Putatan dan Ajk Rukun Tetangga Taman Teluk Villa dan Taman Union.
Seramai lebih kurang 100 peserta telah menjayakan program berkenaan dengan membersihkan sampah sarap di tebingan taman permainan kanak kanak dan riadah Taman Teluk Villa.
Turut berucap di penutupan program berkenaan, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Ahmad Helmi Mohd Taib yang mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada JKDB Pekan Putatan dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD/AADK) Daerah Putatan yang diketuai oleh Ahmad Mahmood, juga kepada Vasco Pegawai AADK Kota Kinabalu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Teluk Villa, Malai Mansor Malai Kassim dan Hj Ak Jiar Pg.Hj..Duraman Pengerusi KRT Taman Union.
Ahmad Helmi menjelaskan bahawa program berkenaan adalah dianjurkan oleh Majlis Daerah Putatan dalam usaha memberi kesedaran kepada komuniti agar sentiasa menitikberatkan soal kebersihan awam.



