25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KEBAL rangkul Tempat ketiga APBN 2024 peringkat kebangsaan

TAHNIAH …Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) menerima hadiah daripada Anwar sambil disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeo.

LABUAN: Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) Dari Wilayah Persekutuan Labuan merangkul tempat ketiga Anugerah Perdana Belia Negara kategori Pertubuhan 2024 sempena Sambutan Hari Belia Negara yang berlangsung di Dataran Pahlawan Melaka, pada Sabtu.

Dengan kemenangan itu KEBAL yang mewakili Labuan membawa pulang hadiah Wang tunai, piala dan Sijil.

Sementara itu, johan disandang oleh Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussain, Pasir Mas Kelantan dan naib johan dimenangi Persatuan Belia (MBFM) Felda Jelai 3, Negeri sembilan masing masing menerima hadiah Wang tunai, piala dan Sijil.

Manakala, Kelab Rakan Muda Tawau Sabah tempat keempat untuk menerima hadiah saguhati.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut Bersama pada perasmian Sambutan Hari Belia Negara itu ialah Presiden Majlis Belia Labuan dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mahanum Fauzi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN