27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kebakaran kuarters, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Ridwan

RANAU: Empat sekeluarga tinggal sehalai sepinggang selepas kuarters termasuk barang milik mereka musnah sepenuhnya  dalam kebakaran di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kg.Napong 2, awal pagi Jumaat lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12  malam, semua peghuni sedang tidur.

Menurutnya, BBP Ranau telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam  kira-kira 12.15 tengah malam, seterusnya mengegaskan tujuh anggota bersama jentera FRT, van EMRS serta sebuah kenderaan utiliti  ke lokasi kejadian.

Anggota bomba ketika berada di lokasi kejadian-Foto Bomba

“Apabila tiba di lokasi kejadian yang terletak 25 kilometer dari balai bomba Ranau dengan masa perjalanan kira-kira 22 minit, bomba mendapati api sudah memusnahkan sepenuhnya rumah jenis tidak kekal berkeluasan 20×60 kaki persegi..

“Mujur dalam insiden malang itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” kata Ridwan. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN