SERAH KUNCI……Joachim (empat dari kiri) menyerahkan kunci rumah kepada orang kurang upaya (OKU), Ajidey PulÃs yang diwakili oleh kakak beliau, Juita Pulis (empat dari kanan)
RANAU 15 Disember – Kebajikan masyarakat luar bandar sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan negeri Sabah supaya mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, ini bagi memastikan apa saja program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan manfaatnya diterima oleh setiap lapisan masyarakat terutama penduduk di luar bandar.
Katanya, selain bantuan kerajaan, usaha daripada komuniti itu sendiri pentingdalam membaiki kehidupan dan meningkat pembangunan dalam kampung melalui pelbagai aktiviti yang bermanfaat,”
Bagi pihak kerajaan kita akan sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat luar bandar dan akan memastikan tidak ada pihak yang tercicir daripada arus pembangunan,” katanya.
Dr. Jaochim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata demikian ketika berucap pada majlis bersama rakyat dan Penyerahan Kunci Rumah Mesra OKU, kepada Ajidey PulÃs di Kampung Mesilau di sini hari ini. Sumbangan ini adalah daripada orang kampung dan Dr. Joachim sendiri.
Dalam ucapannya itu beliau juga mengucapkan tahniah kepada penduduk kampung tersebut yang bekerjasama membina sebuah rumah untuk orang kurang upaya (OKU), Ajidey Pulis. ‘Kita menyambut baik usaha Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) menokok tambah usaha kerajaan membantu meringankan beban rakyat.
Katanya, usaha itu wajar dipuji kerana ia melambangkan sikap keprihatinan penduduk dalam membantu antara satu sama lain tanpa memilih latar belakang.”
Saya amat bersyukur dapat bertemu dan duduk penduduk Kampung Mesilaudan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah atas usaha samayang dibuat oleh orang kampung sama ada yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam langsung dalam membina rumah mesra OKU untuk Ajidey PulÃs. Dalam lawatan itu Dr. Jaochim turut berkesempatan melawat rumah tersebut.
Ends