ADVERTISEMENTspot_img

Kebajikan kepada golongan memerlukan dipikul bersamaRANAU: Para

Benedict bersalaman dengan Ayuna sambil diperhatikan yang lain-lain


RANAU: Para NGO, badan koperat, persatuan dan agensi swasta diseru agar melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka kepada masyarakat khasnya dalam membantu golongan kurang upaya dan memerlukan.


Ahli Parlimen Ranau, YB Datuk Jonathan Yasin memuji inisiatif serta usaha murni pihak-pihak yang tampil dalam menghulurkan bantuan, khidmat percuma dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di kawasan ini.


Jonathan yang diwakili Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda berkata demikian semasa Majlis Perasmian Pertubuhan Persatuan Kebajikan dan Sosial Ranau Sabah (PSKRS) yang diadakan di Rest House Ranau baru-baru ini.
“Tahniah kepada AJK Penganjur yang diketuai oleh Pengerusi persatuan Puan Ayuna Dungkim.


“Terima kasih atas jemputan untuk merasmikan majlis ini. Diharapkan agar PSKRS dapat menambah lebih ramai lagi keahlian di masa hadapan.


“Semoga persatuan ini juga dapat mengadakan program-program yang bertujuan khas untuk kebajikan masyarakat setempat,” katanya.


Di majlis itu, Jonathan memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada persatuan PSKRS bagi merealisasikan aktiviti persatuan itu.


Beliau berpesan agar sumbangan sedikit dari Pejabat Parlimen Ranau itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh persatuan berkenaan.


“Saya percaya jika persatuan PSKRS dapat mengekalkan prestasi tinggi, pihak lain tidak ragu-ragu untuk tampil membantu,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN