31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KEADAAN TIDAK AKAN REDA SECARA NEUTRAL TANPA KOMITMEN DAN KESEDARAN INDIVIDU

BELURAN: Peningkatan angka jangkitan Covid-19 di negeri Sabah dan seluruh negara perlu disedari semua pihak dan tidak menganggap perkara itu akan reda secara neutral tanpa komitmen serta kesedaran individu.

Menjelaskan perkara itu, Datuk James Ratib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sugut berkata, angka jangkitan yang saban hari terus meningkat sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita untuk menghayati masej yang banyak disampaikan oleh pihak berkuasa mengenai tanggungjawab individu dalam mempastikan rantaian Covid-19 terus terputus.

“Pihak berwajib setiap hari memberikan peringatan kepada kita mengenai tanggungjawab untuk mengelak penularan Covid-19. Slogan ‘Kita Jaga Kita’ umpamanya, sudah jelas menyatakan bahawa setiap individu berperanan penting untuk menjaga bukan sahaja diri sendiri, bahkan sesama masyarakat. Jadi kita perlu patuh sepenuhnya setiap saranan pihak berkuasa untuk mempastikan angka jangkitan terus menurun”, tegas James.

PERTANIAN MINI….Antara aktiviti mengisi masa lapang didalam halaman rumah untuk mengurangkan pergerakan.

Katanya, program pemvaksinan yang sedang giat dilaksanakan oleh pihak kerajaan ketika ini perlu dimanafaatkan sepenuhnya oleh rakyat. Namun individu perlu memiliki sikap bertanggungjawab ketika hadir ke pusat-pusat pemvaksinan dan tidak mengambil kesempatan kerana ada dikalangan individu yang hadir menerima vaksin sejurus itu terus bersiar-siar di bandar atau pekan semata-mata untuk mengisi masa lapang.

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan Negeri Sabah menjelaskan, perancangan aktiviti perlu bijak diatur dalam keadaan sekarang. Sebagai contoh, jika ingin ke pusat vaksin, pastikan barangan keperluan harian dirumah telah dibeli selengkapnya sebelum itu. Maka perancangan seseorang akan menjadi teratur. Individu tidak perlu melakukan dua tugas iaitu pergi mendapatkan vaksin dan selepas itu pergi pula ke pasaraya atau gedung membeli-belah untuk urusan-urusan lain.

“Jika kita merancang aktiviti harian kita, sekaligus ia akan dapat mengurangkan pergerakan. Bagi golongan pekerja seperti kakitangan kerajaan, saya difahamkan sudah melaksanakan sistem berkerja dari rumah bagi mengurangkan peratusan kakitangan ke pejabat. Ia suatu langkah terbaik.”, Katanya ketika ditemui pada Isnin.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar masyarakat mewujudkan aktiviti pertanian mini dihalaman rumah masing-masing seperti menanam bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan kos pembelian selain dapat mengisi masa lapang untuk mengelak diri dari amalan suka keluar rumah termasuk duduk bersembang lama dengan rakan-rakan di kedai kopi.

Pada Ahad, angka keseluruhan jangkitan Covid-19 diseluruh negara sebanyak 16,117 dimana negeri Sabah sebanyak 741 kes positif terbaru.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN