Robert semasa meninjau keadaan muka sauk Bingkor
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, keadaan sungai di muka sauk (intake) Bingkor semakin membimbangkan.
Katanya, keadaan paras air sungai dalam keadaan membimbangkan seandainya cuaca panas berlanjutan.
Sehubungan dengan itu Robert yang Pembantu Menteri Kerja Raya menasihatkan orang ramai supaya berjimat cermat menggunakan air dan menyimpan bekalan air secukupnya.
Ini katanya, sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan jika cuaca panas berterusan yang boleh menyebabkan paras sungai semakin menurun.
Beliau berkata demikian selepas meninjau keadaan sungai di Muka Sauk (Intake) Bingkor pada Khamis.



