Onggulu menunaikan tanggungjawabnya menerima suntikan vaksin dos pertama di PPV Dewan Masyarakat Ranau.
RANAU: Meskipun berkerusi roda dan bergelar warga emas, namun tidak terlepas dari tanggungjawabnya untuk melindungi diri sendiri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19.
Demikian hasrat beberapa orang warga emas berusia lebih 80 tahun dan ke atas yang ditemui menerima vaksin (suntikan dos pertama) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau hari ini (5 Oktober).
Bagi nenek Onggulu Godou 82 tahun, dari Kg
Randagong Lama Ranau, menerima suntikan adalah satu tanggungjawab penting untuk keluarga bagi menjaga keluarga selain diri sendiri untuk mendekang penularan pandemik Covid-19 yang kini belum berakhir.
“Kita harus akur dengan arahan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk mengekang dan memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 yang kini masih melanda seluruh dunia termasuk Malaysia”, jelas Oswold Jairis yang mengiringi neneknya Onggulu ke PPV tersebut.
Ramai yang ditemui mengakui menerima suntikan mengekang jangkitan Covid-19 merupakan satu tanggunjawab bersama tanpa mengira agama, suku kaum dan fahaman politik.
“Kita tidak sepatutnya berasa risau teradap penerimaan apapun jenis vaksin seperti Pfizer, Cansino dan Sinovac kerana ia sudah mendapat perakuan daripada pihak KKM bahawa vaksin-vaksin tersebut adalah selamat digunakan”, jelas Oswold mengakhiri perbualan dengan penulis.
Nadia(kiri) bersama rakannya Marlela merakam gambar semasa di PPV Dewan Masyarakat Ranau.
Sementara itu beberapa golongan remaja yg ditemui turut mengalu-alukan cadangan pihak kerajaan untuk melaksanakan vaksin suntikan ketiga sebagai mengukuhkan vaksin dos pertama dan kedua kepada mereka yang sudah melengkapkan vaksinasi.
“Pelaksanaan suntikan dos ketiga perlu disambut secara positif sebagai langkah terbaik untuk memutuskan jangkitan Covid-19 secara jangka hayat individu, keluarga dan komuniti seluruhnya”, jelas Cik Nadia Amil Binti Husin 22, pelajar SMK Tuaran dan tinggal di Kg.Muhibbah Ranau turut sependapat dengan Marlela Binti Muhammad 18, dari SMK Langkon Kota Marudu yang kedua-dua mereka sudah menerima lengkap suntikan dos dua jenis Pfizer.