Jerome Mijun
LABUAN: Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Wilayah Persekutuan Labuan (KDCA) bersetuju dan menyokong penuh cadangan untuk mewujudkan Mahkamah Anak Negeri (MAN) bergerak untuk tujuan pengendalian pelbagai masalah berkaitan adat istiadat masyarakat bumiputera bukan Islam yang bermastautin di pulau ini.
Pengerusi KDCA Wilayah Persekutuan Labuan, Jerome Mijin berkata sebelum ini cadangan tersebut telah disuarakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Edward Linggu semasa mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat bumiputera yang bermastautin di Labuan baru baru ini.
“Justeru itu KDCA Labuan amat mengharapkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Bergerak ini dapat direalisasikan demi kepentingan dan kemudahan masyarakat bumiputera bukan Islam untuk merujuk tentang peraturan peraturan menggunakan Ordinan Negeri Sabah seperti pendaftaran perkahwinan, perceraian, selain isu isu berkaitan keistimewan anak Negeri termasuk adat istiadat masyarakat bumiputera bukan Islsm” katanya dalam satu kenyataan berkata BDB disini kelmarin.
Jerome turut menjelaskan sebelum ini Mahkamah Anak Negeri telah wujud di Labuan, namun jawatan Ketua Anak Negeri (KAN) masih kosong selepas mantan KAN dipindahkan bertugas ke tempat lain.
Katanya, Mahkamah Anak Negeri Labuan setakat ini masih di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan yang berpusat di Putrajaya.
“KDCA berharap pewujudan Mahkamah Anak Negeri Bergerak dengan menggunakan Ordinan Negeri Sabah selaras dengan Undang Undang yang sedia ada” , katanya.



