Gandingan mantap….Dr Jeffrey (kanan) bersama Robert.
KENNGAU: KDCA Daerah Keningau dengan penuh rasa bangga dan hormatnya mengucapkan tahniah kepada Bulawan Sigah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan atas kemenangan sebagai Timbalan Presiden Jawatankuasa Pusat KDCA Sesi 2025-2028 serta Tindarama Datuk Robert Tawik atas kemenangan sebagai Naib Presiden Jawatankuasa Pusat KDCA Sesi 2025-2028.
Kemenangan ini adalah satu penghormatan besar dan mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap kepimpinan serta sumbangan berterusan Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datuk Robert Tawik dalam memperjuangkan warisan, adat, dan kebudayaan KDMR.
KDCA Daerah Keningau yakin bahawa di bawah kepimpinan mereka, KDCA akan terus berkembang dan memainkan peranan penting dalam memperkasakan masyarakat serta memperjuangkan hak dan kepentingan anak-anak negeri Sabah.
Selain menyampaikan tahniah dan syabas, KDCA Keningau berharap kejayaan ini membawa manfaat besar kepada komuniti dan Negeri Sabah yang tercinta.
Dr Jeffrey kini memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan selain Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan.
Manakala Robert memegang jawatan Pembantu Menteri Kerja Raya merangkap ADUN Bingkor.