25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KDCA Keningau sifatkan penganjuran Ratu Cantik Untuk lelaki satu pencemaran budaya

Rafie……tidak ada pertandingan ratu cantik untuk lelaki sempena Pesta Kaamatan.

KENINGAU: Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Daerah Keningau menyifatkan penganjuran Ratu Cantik Untuk lelaki adalah mencemarkan budaya tradisi Unduk Ngadau.

Pertandingan Ratu Cantik yang dipanggil Unduk Ngadau adalah bagi kaum wanita (perempuan) sahaja.

Sejak Unduk Ngadau diperkenalkan sejak 60an lagi tidak pernah diadakan untuk lelaki.

Pengerusi Penyelaras KDCA Daerah Keningau Rafie Robert berkata, mengadakan pertandingan yang diadakan itu amat memalukan kepada KDCA.

Katanya lagi, beliau tidak menyokong penganjuran serupa itu yang mana terpesong daripada tradisi nenek moyang.

Rafie berkata demikian bagi mengulas Pertandingan Ratu Cantik sempena Perayaan Pesta Kaamatan di salah sebuah kampung di daerah Keningau yang tular di media sosial.

Rafie yang juga Ahli Majlis Tertinggi KDCA Pusat berkata, sebagai Anak jati KDM, kita perlu bersama-sama menjaga adat tradisi nenek moyang kita agar dapat diwarisi dengan baik oleh generasi baru.

Pada masa sama Rafie menegaskan, mana-mana pihak yang menganjurkan Pesta Kaamatan yang tidak melibatkan Jawatankuasa KDCA tidak dibenarkan mengguna logo dan nama KDCA.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN