33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KDCA Keningau siap sedia sebagai AJK pelaksana Pesta Kaamatan

Rafie (duduk tengah) bergambar bersama barisan kepimpinan KDCA Keningau.

KENINGAU : KDCA Keningau siap sedia sebagai Ahli Jawatankuasa pelaksana Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau tahun ini yang akan berlangsung pada 10 – 12 Mei depan.

Pengerusi Badan Penyelaras KDCA Keningau Rafie Robert berkata, KDCA Keningau yang telah diberi kepercayaan sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana akan sentiasa melakukan yang terbaik dan bakal menampilkan segmen-segmen terbaharu dalam perlaksanaannya sepanjang sambutan perayaan tersebut.

Pesta Kaamatan adalah salah satu acara budaya yang penuh makna dan keindahan yang dirayakan oleh masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah termasuk beberapa Negeri di Semenanjung.

Katanya, Pesta Kaamatan bukan hanya sekadar pesta penuaian padi, tetapi juga merupakan perayaan penting yang menghormati semangat padi, yang dikenali sebagai ā€œBambazon,ā€ serta meraikan kebaikan dan keberkatan yang diberikan oleh Tuhan.

Rafie yang juga Timbalan Pengerusi Penganjur 1 Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau 2024 berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Tahunan KDCA Keningau pada Selasa.

Mesyuarat itu membincangkan membincangkan hala tuju organisasi tersebut sepanjang tahun ini selain persiapan sambutan perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau Tahun 2024.

Rafie memberitahu, Ahli Jawatankuasa Penganjur yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Keningau telah menetapkan tarikh pelaksanaannya 10 – 12 Mei manakala Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau bertempat di Dataran Keningau pada 11 Mei.

“Pelbagai acara akan dianjurkan khas kepada masyarakat Keningau iaitu Pertandingan Unduk Ngadau, Buvazoi Tavantang, Pertandingan Sugandoi Kaamatan, Sukan Tradisi, Piboiā€™an Hiis, Pertandingan Makanan dan Minuman Tradisi antara Mukim Dun Bingkor dan Dun Liawan, Pertandingan Unduk Ngadau Dazanak, Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Sabah (KDMR), Pertandingan Muzik Tradisi antara Mukim Dun Bingkor dan Dun Liawan dan Pertandingan Manangon” jelas Rafie.

Ini katanya, bertepatan dengan tema sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini, ā€œKaamatan, Beyond Food Securityā€; (ā€œKaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makananā€) dalam bahasa Dusun ā€œKaamatan, Poingalib Kohimaganan Taakanon.ā€

Pada masa sama Rafie meminta masyarakat daerah Keningau agar dapat hadir beramai-ramai bagi menjayakan dan memeriahkan sambutan tersebut kelak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN