25 C
Kota Kinabalu
Khamis, November 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KCCI Labuan turut sokong MAN bergerak

Paul Ipoh Leokin

LABUAN: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazan Dusun (KCCI) Wilayah Persekutuan Labuan turut menyokong penuh untuk mewujudkan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Bergerak bagi kemudahan dan keperluan bumiputera bukan Islam.

Pengerusinya, Paul Ipoh Leokin berkata KCCI Labuan menyokong penuh cadangan Senator Edward Linggu Dan Pengerusi KDCA Labuan. Jerome Mijun untuk mewujudkan MAN Bergerak di Labuan

“Dengan adanya MAN Bergerak ini ia bukan saja sudah dapat membantu masyarakat etnik Sabah khususnya masyarakat bumiputera bukan Islam mendapatkan khidmat berkaitan adat istiadat bumiputera bukan Islam tetapi juga sekaligus memartabatkan intitusi kehakiman dan perundangan Mahkamah Anak Negeri (MAN) di pulau ini” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, Bumiputera bukan Islam di Labuan kini tidak mempunyai Ketua Anak Negeri dan keadaan ini menyebabkan masyarakat anak negeri bumiputera bukan Islam sukar mendapatkan khidmat nasihat, pengesahan serta rujukan Hal Ehwal berkaitan adat-istiadat kaum bumiputera bukan Islam ”,katanya.

Dalam perkembangan yang laun , KCCI Labuan menyuarkan agar Kerajaan Negeri Sabah dapat memainkan peranan dalam menyokong pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Menumbok.

“Walaupun bukan dalam masa terdekat, namun usaha kerajaan negeri menyokong pembinaan jambatan tersebut ia dapat dilihat keterbukaan kerajaan negeri dalam merancang dan merealisasikan impian penduduk Sabah dan Labuan yang memerlukan jambatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN