31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KBS Sabah sedia menjadi Rakan Strategik KWSP

Ellron (empat dari kiri)menerima cenderakenangan daripada Sabarudin.

KOTA KINABALU:Kementerian Belia dan Sukan Sabah  sedia menjadi Rakan Strategik kepada Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) Cawangan Sabah dalam program I – Saraan ataupun lebih dikenali sebagai caruman sukarela. 

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, kementeriannya menyambut baik cadangan yang diusulkan oleh KWSP Sabah untuk menjadi salah satu rakan strategik.

“Kementerian saya amat mengalu-alukan usaha ini memandangkan ianya amat bermanfaat khususnya untuk para atlit sukan dan kaum belia”kata Ellron.

Melihat kepada keperluan serta jasa dan pengorbanan para atlit, usaha ini juga dilihat merupakan satu langkah baik bagi menjamin masa depan golongan atlit sukan terutamanya mereka yang sudah bersara. 

“Saya  menyokong penuh usaha ini kerana melihat kolaborasi ini juga merupakan satu peluang untuk kita ketengahkan I- Saraan kepada atlit-atlit sukan, memandangkan ada dalam kalangan yang sudah bersara tidak mempunyai simpanan masa depan yang tetap bagi menjamin hidup mereka” tambah Ellron. 

Untuk merealisasikan hasrat itu, Ellron berkata kementeriannya akan mewujudkan satu jawatankuasa di peringkat kementerian serta akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan wakil persatuan-persatuan sukan di negeri Sabah untuk membincangkan keperluan caruman ini kepada para atlit sukan. 

Sementara itu Ketua Cawangan KWSP Sabah Sabarudin @ Sabree Bin Hassan  berkata, I-Saraan  merupakan satu program dibawah KWSP telahpun dilancarkan pada tahun 2018 adalah satu inisiatif bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig untuk menerima khas melalui caruman sukarela bagi tujuan persaraan. 

Katanya, melalui I-Saraan, ahli akan mendapat dividen tahunan sehingga 15% setahun atau sehingga jumlah maksimum RM250 setahun. Selain itu mereka turut diberikan insentif khas serta pelepasan cukai dan bantuan kematian.

Beliau menambah, amaun caruman sukarela sehingga maksimum RM60000 setahun dan para ahli boleh mencarum pada bila-bila masa. 

Terdahulu  Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin menerima kunjungan hormat daripada pihak KWSP Sabah yang diketuai oleh Ketua Cawangannya Sabarudin @Sabree Bin Hassan,  Ketua Caruman dan Kewangan Peter @ Awang Damit Mahmud, 

Timbalan RAS KWSP Sabah Mohd Rusdi Md Nasir dan Timbalan Ketua Caruma Kewangan KWSP Paul Sibining di Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Wisma MUIS.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN