KOTA KINABALUļ¼ Kementerian Kementerian Belia Dan Sukan Sabah dalam proses akhir menganalisa data-data yang diperolehi dari penganjuran beberapa siri sukan e-Sports yang dilaksanakan sebelum ini oleh kementerian untuk dijadikan intipati dan teras terma rujukan Pembangunan Sukan e-Sports.
Menterinya Datuk Ellron Alfred Angin berkata, data-data tersebut adalah usaha awal Kementerian membuat penilaian yang dilaksanakan sebelum ini, iaitu menganjurkan beberapa siri kejohanan e-Sports.
Antaranya, Kejohanan E-Sports Tour 2019 pada Disember 2019 yang melibatkan enam (6) bahagian seluruh Sabah (Sebelum Pandemik COVID-19) yang berjaya menarik penyertaan seramai 16,648 peserta, Program 12.12 e-Carnival 2021 pada 10-12 Disember 2021 yang berjaya mengumpulkan peserta seramai 500 penyertaan, Kejohanan PUBG Mobile Borneo Challenge 2021 pada 5-7 Februari 2021 yang berjaya menarik penyertaan sebanyak 320 penyertaan dan Sabahan Scrim Santai Season 1.0 yang berlangsung pada 4-8 Disember 2021 melibatkan penyertaan seramai 320 penyertaan.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri ļ¼ADUNļ¼Limbahau Datuk Juil Nuatim yang bertanya adakah kerajaan negeri ada menyediakan blueprint ataupun perancangan jangka panjang terhadap pembangunan sukan e-Sports dan industri berkaitannya pada Persidangan DUN Sabah hari ini.
Ellron berkata, edisi kejohanan yang dianjurkan adalah bagi mengisi secara langsung masa senggang keluarga semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
āSebagaimana yang kita sedia maklum, sukan e-Sports adalah merupakan acara siri penganjuran yang telah dijayakan oleh Kementerianā jelasnya.
Walau bagaimanapun katanya, beberapa masalah dihadapi oleh Kementerian semasa penganjuran seperti Kelajuan talian internet kurang memuaskan, Peralatan ā Komputer serta peralatan sokongan kurang dan ruang penganjuran (Studio atau Konti) yang tidak kondusif.
Ellron memberitahu Dewan, bagi mempopularkan sukan e-Sports di negeri ini, Kementerian saya juga menjalankan kajian terperinci meliputi kos peralatan serta kemudahan penyediaan talian internet untuk penyediaan prasarana yang akan melibatkan jalinan Kerjasama bersama rakan strategik berkaitan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC).
Tambahnya, pada temasya Sukan SEA ke – 30, Filipina yang berlangsung 30 Nov 2019 – 11 Dis 2019, pencapaian sukan e-Sports atlet dari negeri Sabah yang mewakili pasukan kebangsaan amat memberangsangkan. Ini terbukti dengan kejayaan dengan meraih pingat Gangsa pada acara sukan Mobile Legend berpasukan.
Jelasnya, peserta negara dari negeri Sabah dalam acara tersebut termasuklah Abdul Wandi Abdul Kadir, Izme Haqeem Hamsjid dan Jamil Bin Nurolla. Acara-acara sukan e-Sports yang sepatutnya dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA), Johor 2020 yang disertai oleh peserta dari negeri Sabah adalah sebanyak lima (5) acara. Acara sukan itu antaranya ialah Mobile Legend, Dota 2, PES 2021 (1vs1), PES 2021 (2vs2) dan acara PES 2021 (berpasukan).